ResepiCheNom
Inti Kacang Merah

Resepi Inti Kacang Merah

Prep 15 minMasak 1 jamJumlah 1 jam 15 min

Inti kacang merah homemade yang lemak manis dan pekat, sesuai sangat untuk pau atau bun. Masak sendiri memang berbaloi, rasa lagi sedap dan puas hati.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 500 gram kacang merah, rendam semalaman500 gram kacang merah, rendam semalaman
  • 6 cawan air6 cawan air1440g
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • 1 cawan serbuk gula merah, masak bersama 1/2 cawan air dan tapis1 cawan serbuk gula merah, masak bersama 1/2 cawan air dan tapis220g
  • 1 3/4 cawan1 3/4 cawan
  • 100 gram butter atau marjerin100 gram butter atau marjerin
  • 1/2 cawan minyak sayur1/2 cawan minyak sayur109g
  • secubit garamsecubit garam

Cara Buat Inti Kacang Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bilas kacang yang telah direndam semalaman.
  2. 2
    Rebus bersama air dan daun pandan yang dicarik dan simpul. Rebus sehingga kacang betul-betul lembut dan empuk.
  3. 3
    Jika kacang masih keras dan air sudah kering, tambahkan lagi beberapa cawan air.
  4. 4
    Apabila sudah lembut (kacang mudah dipicit hancur jika lembut), sejukkan kacang dan kisar di dalam blender.
  5. 5
    Masak kacang yang telah dikisar tadi bersama gula, butter, minyak sayur dan secubit garam dan kacau sehingga kering.
  6. 6
    Angkat dan sejukkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
6 cawan air bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 1440g (cawan US 240ml).
1 cawan serbuk gula merah, masak bersama 1/2 cawan air dan tapis bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 220g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi inti kacang merah, sedap kalau disediakan sebagai inti pau kacang merah atau bun kacang merah.

Berbaloi memasak sendiri kerana rasanya memang sangat sedap.

Diterbitkan pada 6 September 20148.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru