Resepi Ikan Bakar Dan Air Asam
Resepi ikan bakar dengan pes sambal berempah yang mudah dan sedap, boleh masak guna kuali atau grill pan. Siap sekali air asam pedas masam pekat, memang ngam!

Bahan-bahan
Cara Buat Ikan Bakar Dan Air Asam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 330 kcal
- Protein
- 26 g
- Karbohidrat
- 15.5 g
- Lemak
- 17 g
- Serat:
- 2 g
- Gula:
- 7 g
- Natrium:
- 1200 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 4 ekor ikan mabong besar dianggar 800 g berat kasar, 60% isi boleh dimakan.
- 1 senduk minyak dalam air asam dikira ~40 g dan dimakan sepenuhnya.
- Belacan dan garam 'secukup rasa' menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Jika menggunakan asam jawa asli, rendamkan dengan air panas dahulu dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat.
- Jika tiada daun pisang, boleh digantikan dengan daun kunyit.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk cara sediakan pes sambal berempah untuk ikan bakar, dan kemudian resepiair asam yang pedas, pekat, masam yang kena sangat lah kalau kita makan dengan ikan bakar tu.
Dalam video ni, Che Nom tunjuk cara masak ikan bakar guna kuali atau grill pan, sebab lebih mudah dan cepat nak sediakan , rasa pun tak kurang sedapnya.
Pes sambal berempah pulak boleh disediakan awal-awal, disimpan dalam peti sejuk ataupun freezer. Bila nak makan,keluarkan dan masak saja dengan ikan pilihan anda. Untuk sesiapa yang sibuk, boleh sediakan pes awal-awal lagi dan simpan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat









