ResepiCheNom
Garlic Roll

Resepi Garlic Roll

Masak 30 min

Garlic Roll gebu dan wangi bawang putih, senang nak buat untuk sarapan atau hi-tea. Cicah dengan mushroom soup memang padu dan sedap!

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • Bahan untuk rotiBahan untuk roti
  • 3 cawan tepung gandum ~3 cawan tepung gandum ~375g
  • 1 cawan air suam1 cawan air suam240g
  • 2 sudu besar yeast2 sudu besar yeast19g
  • 1 sudu teh garam1 sudu teh garam6g
  • 2 sudu besar gula2 sudu besar gula25g
  • 2-3 sudu besar olive oil ~2-3 sudu besar olive oil ~
  • Bahan untuk Garlic SpreadBahan untuk Garlic Spread
  • 50 gram butter50 gram butter
  • 2 sudu daun ketumbar cincang halus22 sudu daun ketumbar cincang halus2
  • 5 cloves bawang putih di cincang halus25 cloves bawang putih di cincang halus2
  • -Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini.Siapp.-Campurkan dan kacau ketiga2 bahan ini.Siapp.

Cara Buat Garlic Roll

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Buat Roti

  1. 1
    Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  2. 2
    Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik
  3. 3
    Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  4. 4
    Doh akan naik sekali ganda
  5. 5
    Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  6. 6
    Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  7. 7
    Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian.
  8. 8
    elek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
  9. 9
    Sapukan Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  10. 10
    Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  11. 11
    Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
  12. 12
    Kita akan mendapat 8 potongan doh
  13. 13
    Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
  14. 14
    tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  15. 15
    Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
  16. 16
    Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  17. 17
    Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 30 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
3 cawan tepung gandum ~ bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 375g (cawan US 240ml).
1 cawan air suam bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 240g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Garlic Roll yang gebu, mudah dan sedap

(Sesuai untuk breakfast and hi-tea. Makan dgn mushroom soup lagi sedap!)

Diterbitkan pada 21 Ogos 20132.7K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru