Donut Lembut Gebu Twisted Korean Doughnut

Kali Che Nom nak share cara untuk hasilakn donut versi Maangchi, iaitu Korean Twisted Donut. Kalau masakan Korea, Maagchi memang sentiasa jadi rujukan Che Nom.Resepi donut ni menggunakan bahan-bahan yang lebih kurang sama mcm donut lain, Cuma cara kita bentukkan tu yang buatkan bg nampak special, bentuk twist yang orang korea panggil "kkwabaeggi".Kalau di Korea, kwabeggi ni adalah makanan street food yg sangat terkenal.

Che Nom akan mulakan dengan tunjuk cara untuk hasilkan adunan basah, dan test sama ada yis kita masih berfungsi, kemudian proses uli dan perap doh sampailah cara bentukkan twisted donut, dan juga berkongsi beberapa tips semasa menggoreng. Kalau buat dengan anak-anak pun seronok juga ni.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk donat:
    • 3 cawan tepung gandum
    • 1/2 sudu kecil garam halus
    • 2 sudu besar mentega
    • 1 cawan susu penuh krim
    • 2 sudu besar gula putih
    • 2 1/4 sudu kecil yis kering
    • 1 biji telur
    • minyak untuk menggoreng
  • Bahan-bahan untuk salutan:
    • 3-4 sudu besar gula halus
    • 1/4 - 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk penghasilan doh:
    1. Gaul sebati tepung gandum dan garam kemudian ketepikan.
    2. Cairkan butter dan masukkan susu full cream dan gula putih kemudian kacau sampai gula larut. Masukkan yis, kacau dan tunggu sekejap.
    3. Pecahkkan telur dan pukul agak sebati
    4. Masukkan bancuhan yis dan telur dalam tepung. Kemudian kacau sehingga sebati semua bahan.
    5. Uli doh (agak-agak kenyal). Bulatkan doh dan masukkan dalam mangkuk yang telah digriskan dengan minyak. Tutup dah perap sehingga doh naik 2x ganda.
  2. Cara-cara untuk bentukkan doh:
    1. Tumbuk dan keluarkan angin kemudian bahagi kepada 16 bahagian.
    2. Ambil satu doh dan uli memanjang (agak-agak 25 cm, tangan kanan dan kiri uli arah berlawanan) kemudian angkat dan pintal. Tekan hujung donut supaya melekat. Rehatkan donut 15-25 minit.
  3. Cara-cara untuk goreng donut:
    1. Panaskan minyak dan masukkan donut.
    2. Alihkan bila bahagian bawah masak perang.
  4. Cara-cara untuk salutan:
    1. Gaul sebati gula kastor dan serbuk kayu manis.
    2. Goncang donut dan salutan sehingga bersalut sekata.

Tip:

  • Alihkan donut bahagian atas / kembung dulu yang masuk dalam minyak panas, jadi bahagian kemek ada masa untuk kembang.
  • Jangan alih banyak kali, takut donut serap minyak.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.