ResepiCheNom
Daging Masak Merah ala Thai

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Prep 15 minMasak 45 minJumlah 1 jamHidangan 5 orang

Daging Masak Merah ala Thai macam kedai tomyam, kuah merah pekat pedas memang padu. Daging rebus empuk, hiris nipis goreng garing, lepas tu gaul dengan kuah sampai sebati.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 7-8 biji cili padi, belah 27-8 biji cili padi, belah 2
  • 1 biji tomato, belah 61 biji tomato, belah 6
  • 1/2 kilo daging lembu1/2 kilo daging lembu
  • air secukupnyaair secukupnya
  • sedikit pewarna merahsedikit pewarna merah
  • minyak secukupnyaminyak secukupnya
  • 1 mangkuk minyak1 mangkuk minyak
  • 3 ulas bawang putih, cincang kasar3 ulas bawang putih, cincang kasar
  • 1 sudu besar cili kisar1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 batang karot, hiris nipis1/2 batang karot, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 mangkuk air rebusan daging1/2 mangkuk air rebusan daging
  • 1/2 biji bawang holland, hiris membulat1/2 biji bawang holland, hiris membulat
  • 3-4 helai daun limau purut3-4 helai daun limau purut

Cara Buat Daging Masak Merah

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong daging kepada 2 ketulan besar. Rebus di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging lembut. Setelah lembut, angkat dan sejukkan. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat.
  2. 2
    Panaskan minyak. Goreng hirisan daging sehingga garing sedikit, angkat dan ketepikan.
  3. 3
    Keluarkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  4. 4
    Masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau-kacau sekejap.
  5. 5
    Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  6. 6
    Masukkan hirisan karot, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Masak sekejap sehingga bahan bergaul sebati.
  7. 7
    Masukkan tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang dicarik-carikkan.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Berapa lama daging lembut bergantung kepada jenis daging yang digunakan. Kalau daging batang pinang lebih cepat lembut bila direbus.
  • Daun limau purut harus dibuang tulang tengahnya untuk elakkan pahit. Carik-carikkan supaya lebih beraroma bila dimasak bersama daging.
Video
Pengenalan

Che Nom nak kongsi satu lagi resepi yg mendapat permintaanramai iaitu resepi Daging Masak Merah AlaThai yang lebih kurang macam kat kedai tomyam tu. Caranya mudah dan ringkas.

Dagingnya direbus hingga masak empuk dan lembut, dihiris nipis dan kemudian digoreng garing. Letak sedikit pewarna merah supaya rupanya sama seperti yang dihidangkan di restoran Thai.

Kemudian kita masakbersama bahan-bahan lain supaya menghasilkan kuah merah yang pekat, pedas dansangat sedap.

Diterbitkan pada 19 November 2019125K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru