ResepiCheNom
Daging Kerutub Terengganu

Resepi Daging Kerutub Terengganu

Prep 20 minMasak 1 jamJumlah 1 jam 20 minHidangan 10 orang

Daging Kerutub Terengganu versi asli, rempahnya harum dan unik tanpa lengkuas, kunyit dan serai. Sedap dimakan dengan nasi minyak atau pulut kuning, boleh juga guna ayam.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 1kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis1kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis
  • 5 sudu besar rempah kerutub5 sudu besar rempah kerutub
  • 1 senduk cili giling1 senduk cili giling
  • 3 cawan santan pekat3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik2 sudu besar kerisik
  • sedikit gula melakasedikit gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 2 senduk minyak untuk menumis2 senduk minyak untuk menumis

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 2 biji bawang besar2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia2 inci halia

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 2 batang kayu manis2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga lawang

Cara Buat Daging Kerutub Terengganu

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi.Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih.
  4. 4
    Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. 5
    Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut atau nasi minyak.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kuah kerutub sepatutnya dihidangkan pekat dan pecah minyaknya.
Pengenalan

Resepi Daging Kerutup yang sangat istimewa bagi Che Nom kerana resepi asal diperolehi dari sahabat baik yang berasal dari Terengganu, resepi asli yang diturunkan dari bondanya yang tersayang. Kebanyakan resipi lain menggunakan lengkuas, kunyit dan serai, tetapi TIDAK untuk resipi ini.

Rempah kerutub ni pun Che Nom beli khas dari Terengganu. Rempahnya sangat berbau harum dan unik. Boleh digantikan dengan ayam jika anda suka dan boleh dipadankan bersama nasi minyak atau pulut kuning. Memang sangat sedap Daging Kerutub ni…rugi kalau anda tak cuba.

Diterbitkan pada 29 Jun 201529K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru