Maklumat Resepi

Daging Briyani

Daging Briyani

Resepi Daging Briyani

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu, dipotong
  • 3 ulas bawang besar, dihiris nipis
  • 3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
  • 4 sudu besar rempah briyani
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 senduk kecil tomato puree
  • 3 biji tomato, dihiris
  • 3 sudu besar serbuk badam
  • 1/2 cawan tairu atau susu cair
  • Bahan untuk dikisar:
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 4 biji cili hijau
    • 4 biji cili merah
  • Bahan untuk ditumis:
    • 5 kuntum bunga cengkih
    • 4 kuntum buah pelaga
    • 1 batang kayu manis

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
  4. Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Nasi Briyani Daging One Pot

Resepi mudah Nasi Briyani Daging yang sesuai untuk hidangan hari raya. Cara memasak cukup ringkas, hanya guna satu periuk. Daging briyani yang berempah dan berlemak dimasak bersama nasi basmati yang lembut dan fluffy. Hasilnya, nasi briyani yang sedap dengan rasa yang sebati.

Dendeng Daging

Dendeng Daging cara orang dulu-dulu. Bahan tumis digoreng dulu sebelum dikisar. Daging direbus, dihiris, ditumbuk dan diperap sebelum dimasak. Hasilnya, dendeng tahan lama dan sedap!

Daging Black Pepper

Daging masak black pepper, resepi mudah dan confirm habis makan sepinggan. Kalau ada daging bahagian subprime cut macam batang pinang memang sesuai sangat untuk masakan stir fry macam ni.

Daging Goreng Kunyit

Daging Goreng Kunyit masakan yang mudah dan sesuai untuk orang bujang. Che Nom ada share satu tips cara restoran cina untuk dapatkan hasil daging yang lembut dan juicy.

Gulai Daging Kawah

Gulai Daging Kawah ala kenduri, daging direneh perlahan sampai lembut dan meresap dengan kuah. Ditambah pulak kerisik dan santan segar. Cara kerisik homemade pun ada dalam resepi ni.