Maklumat Resepi

Cucur Jejari Ketam

Cucur Jejari Ketam

Kali ni Che nom nak share resepi yang ngam sangat buat minum petang iaitu cucur atau jemput jejari ketam (crabstick). Apa yang bagus mengenai cucur ni, kita guna semua bahan yang mudah sangat nak dapat dan ada banyak sayur dalam nya.

Sayur-sayuran seperti taugeh, kucai, dan lobak merah tu akan buatkan cucur jadi lebih berongga dan tidak keras. Cara bancuhan tepung juga akan buatkan cucur lebih rangup.

Cucur jejari ketam yang rangup ni kalau dicicah dengan sos asam jawa Thai yang pedas, masam dan manis, memang terbaik. Kena cuba tau.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk cucur ketam:
    • 10-15 batang jejari ketam
    • 2 cwn tepung gandum
    • 1 cwn tepung beras
    • 4 sb tepung jagung
    • 1/2-1 biji bawang besar
    • 1 ikat daun kucai
    • 1/2-1 batang lobak merah
    • 1 mangkuk besar taugeh
    • Sedikit garam
    • 1/2 sb gula
    • Sedikit serbuk seasoning, jika suka
    • Air sejuk
    • 1/2 sk serbuk kunyit
  • Bahan-bahan untuk sos asam jawa Thai:
    • 3 ulas bawang putih
    • 2-4 cili merah besar
    • Cili padi, jika suka
    • 1 cwn air asam jawa
    • 3-4 sb gula
    • 2 sb sos ikan
    • 1 sb sos cili (pilihan)
    • Sedikit garam
    • Sedikit air bancuhan tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk cucur jawa:
    1. Bukak plastik jejari ketam dan potong tebal biar berasa masa gigit.
    2. Daun kucai potong pangkal dan leraikan, boleh basuh kalau masih kotor. Potong kucai memanjang anggaran 1 inci.
    3. Potong dadu bawang besar.
    4. Lobak merah buang kulit dan parut halus.
    5. Dalam mangkuk yang besar masukkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, garam dan gula.
    6. Masukkan sayur yang potong tadi daun kucai, lobak merah dan taugeh. Kalau tak suka taugeh boleh skip tapi lebihkan sayur lain.
    7. Bancuh adunan dengan air sejuk dan gaul sebati.
    8. Tambah sedikit serbuk kunyit untuk naikkan warna.
    9. Masukkan potongan jejari ketam. Gaul sebati kesemua bahan.
    10. Tutup dan perap sekejap.
    11. Panaskan minyak dan goreng cucur.
    12. Terbalikkan bila bahagian bawah dah garing. Kerap kacau untuk lebih rangup.
    13. Bila cucur dan perang, angkat dan toskan minyak.
  2. Cara-cara untuk sos asam jawa Thai:
    1. Potong kasar bawang merah besar dan bawang putih.
    2. Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air. Ramas- ramas sampai jadi pati yang pekat.
    3. Masukkan cili merah, cili padi (pilihan), bawang putih, air asam jawa (seeloknya tapis) dalam blender.
    4. Kisar kasar kesemua bahan.
    5. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambah sedikit air, gula perang, sos cili (pilihan), garam, sos ikan dan air bancuhan tepung jagung.
    6. Kacau sebati dan masak sampai mendidih.

Tip:

  • Bancuh adunan dengan air sejuk atau ketul ais. Kalau guna air ais gluten akan lambat terhasil. Gluten yang akan buat adunan jadi keras terutamanya bila terlebih kacau masa mengadun.
  • Untuk maintain cucur rangup lepas goreng, boleh letak atas redai atau apa-apa yang berlubang bawah dia untuk hilangkan panas, kalau tak masa panas steam akan terperangkap dan buat cucur lembab di bahagian bawah

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Berkaitan:

Ketam Masak Cili

Che Nom berkongsi resepi Ketam Masak Cili kegemarannya yang menggunakan ketam nipah. Berbeza dengan kebiasaan, ketam dikukus terlebih dahulu sebelum digaul dengan kuah cili yang pekat dan berlemak. Resepi ini sesuai untuk hidangan berbuka puasa.

Cucur roti

Cucur roti dengan sos pencicah bawang putih memang layan sangat, nak-nak pulak kalau waktu petang atau time hujan. Kalau ada roti nak expired tu bolehlah cuba.

Cucur Udang Bulat

Cucur Udang yang rangup di luar dan lembut di dalam, lengkap dengan kuah kacang yang mudah disediakan. Resepi ini sesuai dihidangkan bersama tauhu goreng, timun dan telur rebus, termasuk untuk tetamu kerana cucur yang lembut dan tahan lama.

Cucur Kentang Rangup

Resepi ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba kelainan dari cucur jagung atau pisang. Kentang yang dipotong menghasilkan cucur yang rangup dan manis. Resepi ini juga sesuai untuk anak-anak yang susah makan sayur, mudah disediakan, murah dan boleh dinikmati ramai-ramai.