Resepi Cekodok Pisang Gebu Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Cekodok pisang gebu, bulat cantik, garing di luar tapi lembut di dalam. Resepi mudah ikut tips Che Nom, sesuai untuk beginner guna pisang ranum.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 8-10 biji pisang ranum (pisang emas)
- 4-5 sb gula
- 1/2 sk garam
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk baking soda
- 1/2 cwn tepung beras
- 1 1/2 cwn tepung gandum (tambah atau kurangkan juka perlu)
Cara Buat Cekodok Pisang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Lenyek pisang dengan gula dan garam sampai hancur.
- 2Masukkan baking powder, baking soda, tepung beras dan tepung gandum.
- 3Kacau sampai sebati.
- 4Tutup dan rehatkan ½ jam.
- 5Panaskan minyak.
- 6Jemput dan goreng cekodok.
- 7Bila dah perang, boleh tolak cekodok yang melekat pada dasar kuali supaya timbul.
- 8Kerap balik-balikkan supaya masak dan perang sekata.
- 9Angkat dan toskan minyak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 9 biji
- Kalori
- 255 kcal
- Protein
- 3 g
- Karbohidrat
- 38.5 g
- Lemak
- 9.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 11.5 g
- Natrium:
- 200 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- 9 biji pisang emas dianggar 40 g isi setiap satu (360 g).
- 9 keping daripada ~700 g adunan bermakna cekodok bersaiz besar (~78 g setiap satu).
- Serapan minyak menggoreng dikira 12% berat adunan.
- Gula dikira 4.5 sudu besar daripada julat 4-5 sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kalau adunan lembik (bila test drop, adunan jadi cepat rata) tambah sikit lagi tepung gandum, berapa banyak tepung tu ikut jenis pisang yang kita guna, kalau pisang tu ranum, adunan lebih lembut dan berair.
- Sebelum mula goreng celup jari dalam air, supaya mudah untuk jemput adunan.
- Minyak kena banyak, biar tenggelam cekodok.
- Masa jatuhkan adunan, tegakkan jari 90 darjah, baru cekodok berbentuk bulat elok.
- Nak test goreng sebiji dulu pon boleh, kita boleh tau adunan tu cair atau keras sangat. Kalau keras tambah pisang, kalau lembik tambah tepung.
- Masa mula-mula goreng jangan penuh kuali sangat, nanti suhu minyak jatuh, cekodok jadi terpenyek dan tak jadi bulat cantik.
- Api jangan besar sangat, kalau tak cekodok cepat perang, tak garing dan dalam kurang masak.
- Masa angkat kuatkan api untuk elak cekodok serap minyak.
Video
Pengenalan
Siapa yang teringin nak belajar buat cekodok pisang tapi takut tak jadi? Atau dah pernah cuba, tapi tak jadi bulat, tak rangup lak tu. Jom tengok Che Nom share resepi cekodok pisang gerenti bulat dan gerenti rangup. Sesuai sangat untuk beginner. Sebelum ni Che Nom dah pernah share cara tradisi mak Che Nom yang tak guna serbuk penaik atau soda. Memang sedap cara tu tapi agak mencabar nak buatnya, cara orang lama kan kena banyak praktis.
Rasa kali ni lebih mudah nak jadi. Dari segi rasa, ada sikit perbezaan tapi kedua-dua menjadi sedap hasilnya. Yang penting kita kena guna pisang yang masak ranum, dan follow tips Che Nom dalam resepi ni untuk hasil cekodok pisang yang mantap.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili









