Resepi Cempedak Goreng Rangup
Cempedak goreng rangup yang mudah sangat nak buat, sedap dimakan panas-panas dengan teh O. Sesuai juga untuk juadah berbuka, guna cempedak masak tapi tak terlalu ranum.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- Cempedak secukupnya
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu kecil kunyit
Cara Buat Cempedak Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan minyak di dalam kuali.
- 2Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garam
- 3Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
- 4Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
- 5Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
- 6Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
- 7Angkat dan toskan di atas kertas tisu
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 6 orang
- Kalori
- 470 kcal
- Protein
- 5 g
- Karbohidrat
- 59.5 g
- Lemak
- 23 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 16.5 g
- Natrium:
- 500 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Cempedak 'secukupnya' dianggar 500 g isi tanpa biji untuk 6 hidangan.
- Minyak menggoreng dan air adunan tidak disenaraikan; serapan minyak dianggar 12% pada cempedak bersalut.
- Gula semula jadi datang sepenuhnya daripada cempedak, bukan gula tambahan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah berbuka puasa apabila digoreng panas.
Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









