Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Cekodok Pisang Sedap

Prep 20 minMasak 15 minJumlah 35 minHidangan 20 biji

Cekodok pisang cara orang lama tanpa ejen penaik, lembut manis ikut kematangan pisang. Masuk tepung sikit-sikit sampai adunan pekat, kaut guna hujung jari baru bulat cantik.

Cekodok Pisang Sedap

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 1 ikat pisang emas1 ikat pisang emas
  • 1 cawan tepung, anggaran1 cawan tepung, anggaran
  • 3-4 sudu besar gula3-4 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam

Cara Buat Cekodok Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kupas kulit pisang dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian lenyek pisang sehingga halus.
  2. 2
    Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
  3. 3
    Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kalau masih lembik tambah lagi tepung gandum sehingga mendapat kepekatan yang seimbang. Rehatkan adunan selama minimum 15 minit.
  4. 4
    Panaskan minyak supaya betul-betul panas dan kaut adunan cekodok dengan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Kemudian perlahankan sedikit api.
  5. 5
    Kacau dan balik-balikkan cekodok pisang dengan kerap supaya bahagian luarnya rangup dan bulat bila masak nanti.
  6. 6
    Bila sudah keperangan, angkat dan toskan di atas kertas tisu.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 biji · resepi untuk 20 biji

Kalori
70 kcal
Protein
1 g
Karbohidrat
11 g
Lemak
2.5 g
Serat:
0.5 g
Gula:
4.5 g
Natrium:
60 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • 1 ikat pisang emas dianggar 12 biji (~330 g isi tanpa kulit).
  • Minyak menggoreng tidak disenaraikan; serapan dianggar 10% daripada ~500 g adunan.
  • 20 biji seperti dinyatakan dalam resepi.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Tepung harus ditambah sedikit demi sedikit supaya nanti cekodok pisang tidak menjadi terlalu cair atau terlalu keras. Ini adalah kerana sukatan itu bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang kita masukkan.
  2. Adunan cekodok pisang harus seimbang kandungan tepung dan pisangnya. Kalau kurang tepung, cekodok akan serap minyak apabila menggoreng. Anda boleh cuba goreng sebiji dahulu sebagai permulaan untuk pastikan adunan cekedok itu menjadi.
Video
Pengenalan

Resepi Cekodok Pisang, cara orang lama yang tidak menggunakan sebarang ejen penaik. Che Nom memang sukakan cara sebegini kerana resepi inilah yang diajar oleh ibu Che Nom sendiri.

Cara orang lama ni harus pandai mengagak kuantiti tepung dan pisang, oleh itu sukatan tepung harus dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga pekat sehingga adunannya senang dikaut dengan hujung jari ke dalam kuali.

Jika gunakan hujung jari cekodok akan menjadi bulat dan cantik berbanding menggunakan sudu.Kandungan gula pula boleh dimasukkan lebih sedikit jika adunan cekodok kurang manis.

Ini kerana kemanisan cekodok pisang bergantung pada jenis pisang dan tahap masak nya. Sebolehnya gunakan pisang yang sudah masak ranum dan bertompok kehitaman di kulitnya. Che Nom paling suka gunakan pisang emas untuk penyediaan cekodok. Selamat mencuba :)

Diterbitkan pada 26 Ogos 201823.2K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru