
Resepi Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Cekodok pisang paling mudah tapi jadi rangup di luar, lembut di dalam tanpa serbuk penaik. Ikut petua Che Nom untuk dapatkan bentuk bulat cantik, sedap makan panas-panas.
Bahan-bahan
Bahan
- 650g atau 2 ½ cwn pisang
- ¼ sk garam
- 1 cawan + 2-3 sb tepung gandum
- 3 sb gula putih (boleh kurangkan)
- 1 sb gula melaka (pilihan)
Cara Buat Cekodok Pisang
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Cekodok Pisang
- 1Masukkan garam kedalam pisang yang dikupas kulit.
- 2Lenyek pisang sehingga halus.
- 3Masukkan gula dan gula melaka (pilihan) lalu kacau sebati.
- 4Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- 5Rehatkan adunan minimum ½ jam bagi suhu bilik atau rehatkan 3-4 jam dalam peti sejuk.
- 6Panaskan minyak masak, lalu goreng adunan dan kerap kacau sehingga gelap keperangan.
- 7Kemudian, angkat dan toskan minyak. Cekodok pisang siap untuk dihidang.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Hai semua, resepi kali ni, paling mudah dari segi bahan-bahan tapi paling mencabar dari segi cara nak dapatkan cekodok pisang yang lembut di dalam, rangup di luar dan berbentuk bulat cantik saja tanpa guna sebarang serbuk penaik.
Resepi ni Che Nom belajar dari mak sendiri. Dulu-dulu memang marvelous sangat lah kalau dapat makan panas-panas lepas goreng dengan teh O.
Ramai yang dah cuba resepi ni dan bagi maklumbalas di Facebook dan Instagram sangat sedap. Cuma yang mencabar sikit macam mana nak dapatkan bentuk bulat tu. Insyallah menjadi Cekodok ni kalau ikut petua-petua yang Che Nom berikan, yang penting kena selalu mencuba.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Pisang Goreng Rangup Ala Gerai (Salutan Bijan, Dalam Lembut)

Resepi Cucur Ikan Bilis Bulat

Resepi Cucur Bom Manis Gebu Berongga + Sambal Ikan Bilis

Resepi Cucur Bilis Member Special

Resepi Pisang Goreng Rangup Gluten Free

Resepi Cucur Kembung cicah Sambal Sardin
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



