
Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Hai semua, resepi kali ni, paling mudah dari segi bahan-bahan tapi paling mencabar dari segi cara nak dapatkan cekodok pisang yang lembut di dalam, rangup di luar dan berbentuk bulat cantik saja tanpa guna sebarang serbuk penaik.
Resepi ni Che Nom belajar dari mak sendiri. Dulu-dulu memang marvelous sangat lah kalau dapat makan panas-panas lepas goreng dengan teh O.
Ramai yang dah cuba resepi ni dan bagi maklumbalas di Facebook dan Instagram sangat sedap. Cuma yang mencabar sikit macam mana nak dapatkan bentuk bulat tu. Insyallah menjadi Cekodok ni kalau ikut petua-petua yang Che Nom berikan, yang penting kena selalu mencuba.
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 650g atau 2 ½ cwn pisang
- ¼ sk garam
- 1 cawan + 2-3 sb tepung gandum
- 3 sb gula putih (boleh kurangkan)
- 1 sb gula melaka (pilihan)
- 1Masukkan garam kedalam pisang yang dikupas kulit.
- 2Lenyek pisang sehingga halus.
- 3Masukkan gula dan gula melaka (pilihan) lalu kacau sebati.
- 4Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- 5Rehatkan adunan minimum ½ jam bagi suhu bilik atau rehatkan 3-4 jam dalam peti sejuk.
- 6Panaskan minyak masak, lalu goreng adunan dan kerap kacau sehingga gelap keperangan.
- 7Kemudian, angkat dan toskan minyak. Cekodok pisang siap untuk dihidang.
- •Tekstur yang sesuai untuk tahu cekodok pisang sedia untuk digoreng adalah apabila adunan boleh dijemput dan dijatuhkan elok dengan tekstur adunan yang tidak cair dan tidak terlalu keras.
- •Gunakan minyak masak yang banyak bagi menggoreng cekodok pisang.
- •Jangan isi adunan pisang terlalu penuh kuali ketika menggoreng supaya cekodok pisang masak sekata.
- •Kerapkan kacau cekodok semasa menggoreng supaya tekstur cekodok akan lebih garing.
- •Jika tekstur cekodok pisang yang telah digoreng keras, boleh tambah dua atau tiga biji lagi pisang lenyek kedalam adunan.
- •Jika cekodok melekat semasa menggoreng, tambahkan tepung ke dalam adunan.
- •Jika cekodok tidak bulat sekata semasa menggoreng, mungkin adunan terlebih tepung.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
5 Januari 2026

Bihun Goreng Lembut Tanpa Hancur: Teknik “Tutup 5 Minit” Tak Perlu Kacau Lama
5 Januari 2026

Nak Jaga Kalori Tapi Nak Lauk Padu? Ini Ayam Kung Pao Versi Sihat & Tinggi Protein
4 Januari 2026

Jangan Buang Kepala Udang! Rahsia Kuah Mee Goreng 'Power' & Manis Asli
3 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat

Ayam Sambal Berlada






