
Resepi Bubur Cha Cha
Bubur Cha Cha ringkas ala Che Nom, guna cha cha segera dan sagu dengan santan segar yang lemak manis. Sesuai untuk minum petang atau jamuan, senang sangat nak buat.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 ketul kecil gula melaka
- 5-6 sudu besar gula
- 1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram)
- 2 mangkuk santan pekat
- 3 sudu besar sagu
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- garam secukup rasa
Cara Buat Bubur Cha Cha
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Rendam sagu seketika, anggaran masa 10 minit.
- 2Rebus cha cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
- 3Masukkan santan, daun pandan dan cha cha yand direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
- 4Apabila mendidih masukkan sagu, gula pasir, gula melaka dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
- 5Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram) bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 160g (cawan US 240ml).
- 3 sudu besar sagu bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 30g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Bubur Cha Cha, hidangan pencuci mulut zaman berzaman yang sangat sedap dan menyelerakan. Sesuai dihidang untuk minum petang ataupun di hari keramaian. Masakan bubur cha cha ni sangatlah mudah, cuma pastikan anda menggunakan santan yang segar sebagai bahan utama, pasti rasanya sedap.
Resepi ini agak berbeza daripada verisi pencuci mulut nyonya kerana menggunakan cha cha segera yang mudah didapati di kedai-kedai runcit. Che Nom lebih suka bubur yang ringkas, hanya cha cha kering dan sagu. Kalau ala-nyonya pula, bahan segar seperti ubi keledek, ubi keladi dan jeli ubi kayu digunakan. Lain kali Che Nom share resipi ala-nyonya pula. Jom lihat resipi :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam









