Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.

Resepi Buah Melaka

Prep 20 minMasak 10 minJumlah 30 minHidangan 20 biji

Buah Melaka ni kuih tradisi yang lembut kenyal dengan gula Melaka meletup di dalam, digaul kelapa parut yang wangi. Ikut langkah mudah ni, insyaAllah jadi cantik dan sedap.

Buah Melaka
Iklan

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 cawan tepung pulut1 cawan tepung pulut160g
  • 2 sudu besar tepung beras2 sudu besar tepung beras20g
  • 5 helai daun pandan5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecilGula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijauSedikit pewarna hijau

Cara Buat Buah Melaka

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. 2
    Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. 3
    Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. 4
    Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. 5
    Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Dah cuba resepi ni? Beri bintang

Tak perlu log masuk.

Anggaran nutrisi

Setiap 1 biji · resepi untuk 20 biji

Kalori
80 kcal
Protein
1 g
Karbohidrat
15 g
Lemak
2 g
Serat:
0.5 g
Gula:
7 g
Natrium:
120 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Gula melaka 'dipotong kiub' dianggar 150 g dan kelapa parut dianggar 150 g.
  • Garam pada kelapa dianggar 1 sudu kecil untuk keseluruhan.
  • Dibahagi kepada 20 keping.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan tepung pulut bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 160g (cawan US 240ml).
2 sudu besar tepung beras bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 20g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Buah Melaka, Resepi yang sangat mudah, hanya ikut langkah-langkah yang di nyatakan pasti menjadi,

Buah Melaka adalah hidangan kuih muih terkenal dan sedap.

Diterbitkan pada 19 Ogos 201821.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru