![Ayam Percik](/images/recipes/Ayam_Percik.jpg)
Ayam Percik
Kali ni Che Nom nak share resepi bertemakan bulan Ramadhan yang tak lama lagi menjelang tiba kan. Inilah dia resepi ayam percik bersalut kuah yang pedas, cukup dengan rasa rempah dan pekat berlemak. Bila bakar, fuhh hasilnya tu cukup mantap. Isi ayam pon moist saja, lembut dan tak kering.
Mula-mula kita tengok cara penyediaan bahan untuk perapan ayam. Kemudian cara untuk perap dan kukus ayam untuk pastikan ayam tu masak sempurna bila kita bakar nanti. Lepastu kita sediakan pula kuah percik dengan dimasak menggunakan susu isian sejat dari F&N. Anda boleh kongsi resepi ni dan juga kongsi kebaikan F&N dengan family dan kawan-kawan.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 ekor ayam (bahagian paha)
- 2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- 1/2 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit perahan limau nipis
- 2 biji bawang merah besar
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 4 ulas bawang putih
- 1 kunyit hidup
- 2 batang serai
- 3-4 biji buah keras
- 1 mangkuk kecil minyak masak
- 2 senduk cili kisar
- 1 sudu besar serbuk cili
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Gula melaka secukup rasa
- 1 tin Susu Isian Sejat F&N
- Sedikit bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah jika perlu)
- 1Kisar halus bawang besar, halia, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, serai buah keras dengan air separuh tenggelam.
- 2Gaul ayam dengan garam, gula, serbuk pati ayam, serbuk cili, sos tiram, separuh bahan kisar dan sedikit perahan limau nipis.
- 3Perap ayam selama 1/2 – 1 jam.
- 4Kukus ayam anggaran 15 minit.
- 1Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus, cili kisar dan serbuk cili. Masak sampai pecah minyak.
- 2Masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula melaka. Sambung masak sampai kering.
- 3Tuang masuk kuah perapan ayam dan susu isian sejat F&N.
- 4Tambah air bencuhan tepung jagung, masak sampai kuah mendidih dan boleh tutup api.
- 1Bakar ayam kedua-dua belah (tanpa kuah percik).
- 2Celup ayam dalam kuah percik dan bakar lagi sekali kedua-dua belah.
- 3Tambah lagi kuah atas ayam masa bakar.
- 4Dah siap panggang, boleh angkat dan hidang.
- •Che Nom guna 4 ketul bahagian whole leg, dah macam sukatan 1 ekor. Tapi untuk resepi kuah percik ni sebenarnya cukup untuk 2 ekor ayam
- •Sebelum perap kelar dulu isi ayam, tujuannya untuk rempah perap cepat menyerap dan ayam cepat masak.
- •Che nom kukus ayam dulu untuk pastikan ayam cepat masak dan masak sempurna dalam.
- •Kalau suka kuah yang cair, boleh tambah sedikit air masa masak kuah.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris](/images/recipes/Ayam_Berempah.jpg)
Ayam Berempah Buat Berniaga Pasti Laris
Kali ni Che Nom nak kongsi resepi ayam goreng berempah, yang sesuai sangat kalau kita makan dengan nasik lemak, nasi put...
![Ayam Masak Merah 2.0](/images/recipes/Ayam_Masak_Merah.jpg)
Ayam Masak Merah 2.0
Kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Merah yang sesuai sangat untuk dipadankan dengan nasik minyak ala kenduri. T...
![Ayam Masak Butter](/images/recipes/Ayam_Butter.jpg)
Ayam Masak Butter
Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan te...
![Ayam Goreng Rangup Ala KFC Set Coleslaw & Mashed Potato](/images/recipes/Ayam_KFC_1_IG.jpg)
Ayam Goreng Rangup Ala KFC Set Coleslaw & Mashed Potato
Kali niChe Nom nak share resepi Ayam Goreng ala KFC lengkap dengan hidangan sampingan yang mesti ada, iaitu Coleslaw dan...
![Rendang Ayam Cili Api Hijau](/images/recipes/Rendang_Ayam_Cili_Api_Hijau.jpg)
Rendang Ayam Cili Api Hijau
Rendang Ayam Cili Api hidangan yang lengkap dengan rasa berempah, berlemak dan pedas dari cili api fresh. Sesuai dimakan bersama lemang atau nasik impit, nak makan dengan nasi lemak pon sodap.
![Set Ayam Panggang Ala Nandos](/images/recipes/Ayam_Panggang_Ala_Nandos.jpg)
Set Ayam Panggang Ala Nandos
Roasted chicken bersama dengan sayur grill dan juga gravy, hidangan lengkap, cukup segala rasa dengan herba perapan yang simple.