Resepi Ayam Mentega Telur Masin
Ayam rangup bersalut sos mentega telur masin yang lemak masin secukup rasa, guna kuning telur saja jadi tak terlalu masin. Ada pedas cili api, memang menjilat jari.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Mentega Telur Masin
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis bawang putih, cili padi dan cili merah.
- 2Ambil kuning telur masin yang telah direbus dan hancurkan dengan garfu.
- 3Potong ayam (bahagian sayap).
- 4Perap ayam dengan bawang putih (telah diparut halus), serbuk kari, sos tiram, kicap pekat manis, kicap cair dan telur.
- 5Tutup dan perap dalam peti sejuk selama 1/2 atau 1 jam.
- 6Salut ayam dengan tepung jagung.
- 7Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga rangup.
- 8Bahan-bahan untuk kuah/salutan ayam:
- 9Panaskan kuali dan masukkan mentega.
- 10Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- 11Masukkan cili padi dan cili merah (simpan separuh untuk taburan)
- 12Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau.
- 13Masukkan telur kuning masin.
- 14Tambah susu cair/ susu full cream.
- 15Tambah garam dan gula secukup rasa.
- 16Masukkan ayam goreng dan salut sekata.
- 17Akhir sekali taburkan cili merah dan sedia untuk dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 4 orang
- Kalori
- 420 kcal
- Protein
- 16.5 g
- Karbohidrat
- 13.5 g
- Lemak
- 33.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 6 g
- Natrium:
- 890 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Kepak ayam 400 g dikira 65% isi boleh dimakan dengan kulit (kepak lebih berlemak).
- Minyak menggoreng dikira 12% serapan pada kepak bersalut tepung jagung.
- Kicap cair, sos tiram, kicap manis dan 2 kuning telur masin menyumbang kebanyakan natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Boleh tukar bahagian ayam, seperti bahagian isi atau dada.
- Jangan bukak api terlalu kuat bila menggunakan butter. Boleh tambah minyak sikit supaya butter tak cepat hangus.
Video
Pengenalan
Hi Semua, kali ni kita berbalik kepada menu ayam pulak. Che Nom nak masak Ayam Mentega Telur Masin, atau Salted Egg Butter Chicken.
Resepi ni kira macam butter chicken jugak..tapi versi yang lain sikit sebab kita letak telur masin. Jadi hasilnya ialah ayam rangup dan lemak masin secukup rasa, tapi tak terlalu masin sebab kita ambil bahagian telur yang kuning aja.
Rasanya pun tak muak…sebab ada rasa pedas dari cili api. Memang menjilat jari kalau makan ayam ni.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









