Ayam Masak Madu Ala Mamak Che Nom

Untuk masakan lauk pauk kali ni, Che Nom nak share satu resepi oleh Puan Ieda Hamzah dari posting group MAHN. Terima kasih banyak-banyak. Bila ternampak ada yang murah hati share dan memang Che Nom pun tercari-cari resepi Ayam Masak Madu versi berkuah macam ni dan terus lah cuba, hasilnya memang tak mengecewakan, sedap. Kuah madu nya lebih kurang sama macam restoran mamak tapi keseluruhan rasa ada juga seakan ayam masak merah. Jadi keduanya macam gabungan style mamak dan masakan ayam masak merah style melayu. Ha boleh bayang tak?

Apa yang special untuk kuah nya kita gunakan banyak bawang, sama ada tumis atau pun kisar, jadi kuah tu lebih pekat dan ada rasa dari tomato sup. Tomato sup ni biasa org guna buat nasi tomato juga..rasa masam berlemak sikit, tak lah masam macam tomato puri. Dan manis tu sangat sedap bila kita gunakan madu.
Che Nom mmg tak tambah gula biasa lagi dah.bila ayam menyerap segala rasa dari kuah madu tu memang terbaik. Ayam Masak Madu ni sangat sesuai untuk dijadikan menu kenduri atau menu catering.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 2-3 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci lengkuas
    • 15-20 tangkai cili kering
    • Sedikit air
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • Minyak masak
    • 1 ekor ayam
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    • 2 inci halia
    • 4 ulas bawang putih
    • 2-3 biji bawang merah kecil
    • 1/2 biji bawang merah
    • 2 helai daun pandan
    • 2 tangkai daun kari
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 6 biji pelaga, 4 cengkih)
    • 1/2 tin tomato sup
    • 1/2 cawan sos cili
    • 3 sudu besar madu
    • Air untuk lebih berkuah
    • Garam secukup rasa
    • Tambah perasa (jika suka)
    • Daun sup
    • 3-4 sudu besar madu (taburan akhir)

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam:
    1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
    2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
    3. Angkat dah ketepikan.
  2. Cara-cara untuk kuah:
    1. Gunting cili kering dan rebus dengan air sehingga mendidih kemudian bilas dan buang biji (boleh juga rendam dalam air panas).
    2. Hiris nipis halia, bawang putih, bawang merah kecil dan bawang merah besar.
    3. Daun pandan carik dan simpul.
    4. Potong kasar bawang besar, bawang putih, lengkuas, bawang holland.
    5. Kisar halus bahan potong kasar, cili kering rebus dan air.
    6. Panaskan minyak kemudian tumis hirisan halia, bawang, daun pandan dan daun kari.
    7. Masuk rempah 4 sekawan.
    8. Masuk bahan kisar halus dan tumis sampai pecah minyak anggaran 15 minit.
    9. Masukkan tomato sup, sos cili dan kacau sebati.
    10. Masukkan ayam goreng dan gaul bersalut sekata.
    11. Masukkan madu, garam, perasa (jika suka) dan air (untuk lebih berkuah).
    12. Reneh api pelahan 5-10 minit.
    13. Tabur daun sup, tutup api dan masukkan lagi madu (taburan terakhir).

Tip:

  • Lebihkan air supaya lebih cair, sedap dan berkuah.

Che Nom

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Youtube Video