![Ayam Masak Cabai Bersantan](/images/recipes/Ayam_Masak_Cabai_Bersantan.jpg)
Ayam Masak Cabai Bersantan
Hi semua, assalamualaikum, resepi special kali ni adalah Ayam Cabai Bersantan, resepi ni sangat mudah nak sediakan, amat sedap dan well balance dengan pedasnya dari gabungan cili padi dan cabai besar, lemak santan, masam asam keping dan aroma daun kunyit sangat lah menyelerakan.
Yang uniknya, bahan tumis kita kena tumbuk kasar. Ayam ni kita goreng dulu, kemudian kita masak dengan dengan kuah pekat berlemak tu, biar besalut melekat, baru makan dengan nasi panas. Potong timun sejuk-sejuk, makan dengan telur mata kuning cair memang kababoom.
Jadi sangat sesuailah untuk yang nak makan simple-simple kat rumah tapi still nak hidangan yang menyelerakan, yang penting masak sendiri, lagi terjamin kualiti, kebersihan dan yang penting sesuai untuk seisi keluarga, jimat duit haa.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- Gula
- 1 keping asam gelugor
- 1/2 ekor ayam
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sk garam
- 4 tangkai cili padi
- 2-3 tangkai cili merah besar
- 1/2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 2 cwn santan sederhana cair
- 1 helai daun kunyit
- Sedikit serbuk kunyit
- 2 sb sos tiram
- Garam
- Perasa, jika suka
- ATAU 1/2 kotak krim santan
- 1Potong kasar cili besar, cili padi, bawang besar dan bawang putih.
- 2Hiris nipis daun kunyit.
- 3Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
- 4Tumbuk kasar bahan potong tadi dengan sedikit belacan.
- 5Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
- 6Minyak goreng tadi keluarkan, tinggal anggaran ½ cwn.
- 7Tumis bahan tumbuk kasar sampai garing.
- 8Masukkan ayam goreng dan gaul biar sekata.
- 9Masukkan asam keping, santan dan serbuk kunyit.
- 10Masuk sos tiram, garam dan perasa.
- 11Perlahankan api dan masak sampai kuah pekat dan meresap dengan ayam anggaran 10 minit.
- 12Tabur hirisan daun kunyit dan tutup api.
- 13Bila dah separuh masak, boleh angkat dan ketepikan.
- •Kalau guna kuali stainless steel untuk goreng, minyak kena cukup panas baru lah bahan goreng tak melekat. Kena betul-betul panas sebelum goreng.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.
![Che Nom](/uploads/profile/99d7f34158722068.jpg)
Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan
![Ayam Masak Cili Kering](/images/recipes/ayam_cili_kering_8h3bqoo.jpg)
Ayam Masak Cili Kering
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsi masakan yang mudah..yang sesuai untuk mak mak yang sibuk..maklum lah bila tengah2 m...
![Ayam Goreng Mamak Rangup](/images/recipes/Ayam_Goreng_Mamak_Rangup_Web.jpg)
Ayam Goreng Mamak Rangup
Untuk peminat ayam goreng, dan sesiapa yang suka makan ayam goreng style mamak? Kali ni Che Nom akan share cara mudah da...
![Ayam Masak Butter](/images/recipes/Ayam_Butter-2.jpg)
Ayam Masak Butter
Selamat berpuasa semua, kali ni Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat dimasak untuk berbuka puasa sebab rasanya pe...
![Ayam Masak Sos Tiram Thai](/images/recipes/Ayam_Masak_Sos_Tiram_Thai.jpg)
Ayam Masak Sos Tiram Thai
Che Nom kongsikan resepi mudah Ayam Masak Sos Tiram ala Thai, sesuai untuk yang buntu nak masak ayam. Gabungan rasa masam, masin, pedas, manis memang membuka selera.
![Ayam Masak Merah 2.0](/images/recipes/Ayam_Masak_Merah.jpg)
Ayam Masak Merah 2.0
Kali ni Che Nom nak share resepi Ayam Masak Merah yang sesuai sangat untuk dipadankan dengan nasik minyak ala kenduri. T...
![Ayam Kung Pao Special](/images/recipes/Ayam_KungPao_3_IG.jpg)
Ayam Kung Pao Special
Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini ta...