
Resepi Ayam Masak Bali
Ayam Masak Bali viral ni memang sedap, bahan mudah dan cepat siap. Rahsianya serai banyak, daun kari wangi, manis lemak guna gula melaka-padu makan dengan nasi minyak.
Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Masak Bali
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
- 2Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
- 3Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
- 4Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
- 5Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resepi Ayam Masak Bali yang pernah menjadi viral di Facebook, dan setelah mencuba masak Ayam Bali ni terus terang Che Nom katakan yang rasanya sangat-sangat sedap. Bahan pun mudah sahaja dan masa penyediaan pun tidak terlalu lama.
Kelainan masakan ni terletak kepada bahan utama iaitu jumlah serai yang banyak dan juga daun kari yang dimasukkan semasa menumis. Aroma serai dan daun kari memang membangkitkan bau dan rasa istimewa. Bagi Che Nom, ayam masak bali ni sesuai juga dimakan bersama nasi minyak atau nasi berperisa yang lain.
Untuk rasa manis pula Che Nom gunakan gula melaka dan hasilnya memang sedap.Resepi ini ditulis untuk anggaran seekor ayam, Jika anda ingin masak cuma setengah ekor ayam, kurangkan bahan dalam anggaran separuh sahaja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Ayam Masak Daun Kari

Resepi Ayam Masak Daun Kari Member

Resepi Ayam Masak Cili Kering Padu, Kuah Pekat Pedas Manis

Resepi Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Mudah & Sedap

Resepi Ayam Masak Merah 2.0

Resepi Ayam Masak Merah
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



