
Ayam Bawang Nasi Kandar
Kali ni Che Nom nak masak lauk kegemaran Che Nom, lauk yang mesti ada di setiap restoran nasi kandar, iaitu ayam masak bawang. Masakan ni sangat sedap sebab penuh dengan rasa dan aroma rempah ratus, kuah nya pulak pekat bersalut dgn ayam yang digoreng garing di luar dan lembut di dalam. Dari segi penggunaan bawang, kita kena goreng dalam jumlah yang banyak, nama pon ayam masak bawang kan, rasa manis dari bawang besar goreng tu memang sedap.
Kalau dulu Che Nom buat yang stail berkuah, tapi kali ni lebih sedap bila kita masak kuah yang pekat bersalut ayam goreng, dan ada tambahan satu jenis rempah yang buatkan rasa authentic tu ada pada masakan ni.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 1 biji bawang merah besar
- 3 biji bawang merah kecil
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 kilo ayam
- 2 sk garam
- 2 sk serbuk kunyit
- 3 biji bawang merah besar
- Rempah 4 sekawan(1 kayu manis, 2 bunga lawang, 5 biji pelaga, 3 cengkih)
- 1 helai daun pandan
- 1 tangkai daun kari
- 2 sb serbuk cili
- 1 sb serbuk kari daging
- 1 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sb garam masala
- 3 sb sos cili
- 2 sb sos tomato
- 2 sb sos tiram
- 2-3 sb kicap manis
- Sedikit air
- Garam secukup rasa
- 1/2-1 sb gula
- Serbuk perasa, jika suka
- Daun ketumbar
- 1Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
- 2Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
- 3Kisar halus bahan potong kasar dengan sedikit air.
- 4Bawang merah besar, hiris nipis.
- 5Potong kasar daun ketumbar.
- 6Goreng bawang merah besar sampai perang. Kemudian angkat dan tos minyak.
- 7Goreng ayam sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- 8Tumis rempah 4 sekawan dan daun pandan sampai naik bau.
- 9Masuk daun kari dan bahan kisar halus. Kacau sampai kering.
- 10Masukkan rempah garam masala, serbuk kari daging, serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
- 11Tambah air sikit beberapa kali dan tumis sampai rempah masak dan pecah minyak.
- 12Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis.
- 13Perasakan dengan gula dan garam.
- 14Masukkan ayam goreng dan bawang goreng (masukkan separuh dulu bawang goreng). Salut biar sekata.
- 15Boleh tutup api dan tabur lagi dengan bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan.
- •Che Nom guna 4 ketul ayam bahagian whole leg, kalau potong biasa dalam 8 ketul.
- •Masa angkat bawang goreng, kena godak-godak sikit penapis biar minyak mudah tersejat.
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Resipi Berkaitan

Tauhu berlauk dan sambal kicap
Tauhu Berlauk yang rangup di luar dan lembut di dalam. Menu tinggi protein dan rendah karbohidrat ini sesuai untuk yang berdiet. Cicah dengan sambal kicap memang "kebaboom"!
Ayam Geprek
Hi Semua, Che Nom nak masak menu mudah harini tp sangat menarik iaitu ayam geprek, inspirasi dari masakan negara jiran i...

Ayam Masak Ketumbar
Kuahnya pekat dan pedas secukup rasa. Ayamnya digoreng separuh masak kemudian digaul sekali dengan bahan-bahan tumisan dan diperasakan dengan biji ketumbar yang disangai.

Ayam Masak Butter
Untuk kali ini, Che Nom akan kongsi resepi ayam masak butter versi baru. Ketulan isi ayam yang diperap dengan salutan te...

Ayam Masak Madu Ala Mamak Che Nom
Untuk masakan lauk pauk kali ni, Che Nom nak share satu resepi oleh Puan Ieda Hamzah dari posting group MAHN. Terima kas...

Ayam Goreng Rangup Ala KFC Set Coleslaw & Mashed Potato
Kali niChe Nom nak share resepi Ayam Goreng ala KFC lengkap dengan hidangan sampingan yang mesti ada, iaitu Coleslaw dan...