ResepiCheNom
Wajik Pulut Kacau

Resepi Wajik Pulut Kacau

Masak 30 min

Wajik Pulut Kacau ni kuih tradisi manis berlemak, pulut lembut melekat elok dengan gula. Ikut cara Che Nom, hasilnya cantik berkilat dan tak jadi keras.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan

  • 500g beras pulut± 2 ½ cawan + 3 sudu besar± 2 ½ cawan + 2 sudu besar(500g beras pulut)
  • 3 cwn santan3 cwn santan720g
  • 1 sk garam1 sk garam6g
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan
  • 1 cwn / 200g gula merah± ¾ cawan + 3 sudu besar± ¾ cawan + 2 sudu besar(1 cwn / 200g gula merah)
  • 1 cwn / 200g gula melaka± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(1 cwn / 200g gula melaka)
  • 1/2 cwn / 100g gula putih± ½ cawan± ½ cawan(1/2 cwn / 100g gula putih)

Cara Buat Wajik Pulut

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kukus Pulut

  1. 1
    Basuh pulut kemudian rendam anggaran 2 ½ jam.
  2. 2
    Tapis keluar air kemudian masukkan dalam loyang.
  3. 3
    Masukkan 1 cawan santan, daun pandan dan kukus 15-20 minit (api besar).
  4. 4
    Gembur pulut dan sejukkan.

Untuk Air Gula

  1. 1
    Cairkan gula merah dengan 2 cawan santan atas api perlahan (tak perlu mendidih, cukup sekadar suam).
  2. 2
    Tapis adunan gula dan santan kemudian masukkan dalam kuali besar.
  3. 3
    Masukkan sekali garam, gula melaka, daun pandan dan gula putih. Masak atas api perlahan.
  4. 4
    Kacau sampai air gula berbuih dan pekat.
  5. 5
    Keluarkan daun pandan.
  6. 6
    Masukkan pulut sejuk dan kacau sampai pulut jadi kering dan gula pekat bertali.
  7. 7
    Tutup api dan tuang kedalam bekas.
  8. 8
    Biarkan 4-5 jam atau semalaman sebelum makan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
500g beras pulut bersamaan berapa cawan?
± 2 ½ cawan + 3 sudu besar (cawan US 240ml).
3 cwn santan bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 720g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Boleh rendam kurang dari 3 jam atau rendam semalaman minimum 9 jam. *Kalau rendam kurang dari 3 jam tambah 1 cawan santan sebelum kukus. Kalau rendam semalaman boleh terus kukus tanpa santan.
  • Untuk masak air gula, gunakan api perlahan takut hangus gula dan pecah santan.
  • Untuk nak test gula dah cukup pekat, celup sudip dan lorek sudip (yang melekat air gula) dengan sudu. Kalau gula melekat tebat maknannya gula dah cukup pekat.
Tunjuk semua petua (4)
Petua & Panduan
  • Boleh alas wajik dengan daun pisang untuk lebih wangi.
Video
Pengenalan

Kali ni Che Nom nak share resepi wajik, nama lain wajik ni ialah pulut kacau, yang tu sebelah utara. Sebelah pantai timur panggil nasi manis atau pulut manis, negara jiran Indonesia panggil wajik ketan, betul kan? Sapa yang suka makan pulut kacau ni kita geng.

Wajik dah dianggap sebagai kuih tradisional bagi penduduk nusantara dan selalu dihidang waktu kenduri kawin dulu-dulu. Che Nom ingat lagi orang kampung akan hidang atas talam berlapikkan daun pisang.

Texture wajik yang perfect bagi Che Nom rasanya mestilah manis berlemak, pulut tu lembut melekat dengan gula tapi masih ada rasa keras rasa crunchy sikit tapi tak boleh terlalu keras ataupun terlalu lembut. Dalam dua minggu ni Che Nom asyik test je cara nak buat wajik. Jadi jom tengok cara Che Nom sediakan wajik dalam resepi kali ni yang pasti menjadi Insyallah.

Diterbitkan pada 20 September 202253.1K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru