ResepiCheNom
Set Ayam Goreng Kunyit
Ayam

Resepi Set Ayam Goreng Kunyit

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 minHidangan 3 orang

Set Ayam Goreng Kunyit rangup di luar, lembut di dalam, memang padu untuk makan tengah hari. Siap sekali dengan sambal belacan dan sup kosong yang simple tapi sedap.

Bahan-bahan

Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Ayam Goreng Kunyit

  • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • sedikit garamsedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari1 sudu kecil serbuk kari
  • sedikit serbuk ketumbarsedikit serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil tepung jagung1 sudu kecil tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland1/2 biji bawang holland
  • KarotKarot
  • kacang panjangkacang panjang
  • 1 biji cili merah1 biji cili merah

Bahan Untuk Sup Ayam

  • daun bawangdaun bawang
  • 2 biji bawang merah2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia1 inci halia
  • 1 sup bunjut1 sup bunjut
  • ayam, bahagian tulangayam, bahagian tulang
  • air secukupnyaair secukupnya
  • sedikit lada hitamsedikit lada hitam
  • sedikit lada sulahsedikit lada sulah
  • karotkarot
  • 1 biji kentang1 biji kentang
  • garam secukupnyagaram secukupnya
  • daun supdaun sup

Bahan Untuk Sambal Belacan

  • gulagula
  • garamgaram
  • 6 biji cili merah6 biji cili merah
  • 6-8 biji cili padi merah6-8 biji cili padi merah
  • 1 biji tomato1 biji tomato
  • 1 ketul belacan bakar1 ketul belacan bakar
  • perahan jus 4 biji limau kasturiperahan jus 4 biji limau kasturi

Cara Buat Set Ayam Goreng Kunyit

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Ayam Goreng Kunyit

  1. 1
    Ambil ayam bahagian isi, bersihkan dan potong kecil.
  2. 2
    Perap ayam bersama garam halus, serbuk kunyit, serbuk lada sulah, serbuk kari, sedikit serbuk ketumbar (optional), dan tepung jagung.
  3. 3
    Kacau sehingga sebati dan perap seketika.
  4. 4
    Hiris nipis bawang holand dan carrot.
  5. 5
    Hiris kasar cili merah.
  6. 6
    Potong memanjang kacang panjang.
  7. 7
    Cincang kasar bawang putih.
  8. 8
    Panaskan minyak.
  9. 9
    Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan (separuh masak).
  10. 10
    Pastikan kerap mengacau bila goreng ayam kunyit supaya ayam garing diluar dan lembut didalam.
  11. 11
    Masukkan bawang putih.
  12. 12
    Bila bawang putih kekuningan, masukkan kesemua sayur.
  13. 13
    Kacau sehingga semua sayur layu (jangan lama sgt)
  14. 14
    Kemudian boleh diangkat.

Untuk Sup Ayam

  1. 1
    Hiris kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
  2. 2
    Masukkan bahan-bahan tadi kedalam blander dan kisar kasar.
  3. 3
    Kupas carrot dan kentang kemudian potong kepada ketulan besar.
  4. 4
    Hiris nipis daun sup dan daun bawang.
  5. 5
    Panaskan periuk.
  6. 6
    Masukkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. 7
    Masukkan satu ikat sup bunjut.
  8. 8
    Tambah tulang ayam.
  9. 9
    Kacau sikit dan masukkan air secukupnya.
  10. 10
    Tutup dengan tudung pan dan reneh sehingga mendidih.
  11. 11
    Kemudian masukkan kentang dan carrot.
  12. 12
    Masukkan satu kiub pati ayam.
  13. 13
    Tambah serbuk lada hitam, lada sulah dan garam.
  14. 14
    Teruskan masak sehingga kentang dan carrot empuk dan tabur dengan hirisan daun sup dan daun bawang.

Untuk Sambal Belacan

  1. 1
    Hiris kasar cili merah,cili padi merah dan tomato.
  2. 2
    Masukkan kesemua bahan hiris kasar tadi kedalam blander.
  3. 3
    Tambah belacan (sudah dibakar).
  4. 4
    Kisar tapi jangan halus sangat.
  5. 5
    *Jangan tambah air, cukup air dari jus tomato untuk hasilkan sambal pekat sebati.
  6. 6
    Masukkan kedalam mangkuk dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau kasturi.
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Ayam Goreng Kunyit yang rangup di luar dan lembut di dalamnya.

Beserta cara untuk menyediakan sambal belacan dan sup kosong.

Diterbitkan pada 5 Julai 202014.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru