
Sambal Tumis Ikan Kembung
Kali ni kita masak menu nostalgia yang mak-mak kita suka masak dulu, Sambal Tumis Ikan Kembung. Sebenarnya dalam family Che Nom lauk ni paling sedap dimasak oleh abang Che Nom yang nombor 2. Dia memang paling berbakat memasak dalam family, malah lebih berbakat memasak dari Che Nom.
Sambal tumis air tangan beliau memang cukup pekat berpalit bak kata orang Kedah. Cukup dengan rasa manis, rasa pedas, ada rasa masam-masam sikit dan sampai sekarang pun Che Nom tak boleh lawan.
Ada satu bahan yang selalu dimasukkan kalau masak sambal ikan. Boleh rujuk resepi ye!
Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 2 sk serbuk kunyit
- 6-8 ekor ikan kembung
- 2 sk garam halus
- 4 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 15 biji cili kering
- 2 senduk minyak masak
- 1 biji bawang besar
- 1 sb sos tiram
- 2-3 sb air asam jawa
- 2 sb gula putih
- 2 sb sos ikan
- 2 sb sos cili
- Daun bawang
- 1Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
- 2Panaskan minyak dan goreng sampai garing.
- 3Angkat dan ketepikan
- 1Potong kasar bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih dan halia.
- 2Cili kering, gunting dan rebus sampai lembut dan tapis keluar biji.
- 3Kisar sampai halus bahan potong kasar, cili kering dengan sedikit air (boleh tambah belacan kalau suka).
- 4Bawang besar potong membulat.
- 5Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang besar sampai layu.
- 6Masukkan bahan kisar halus dan air sampai pecah minyak.
- 7Bila kuah dah garing masukkan sos tiram, air asam jawa, gula putih, sos ikan thai dan sos cili. Teruskan masak sampai kuah menjadi gelap.
- 8Masukkan hirisan bawang besar dan ikan goreng. Kacau perlahan sampai sambal dan ikan goreng bergaul sebati.
- 9Hidang dan tabur dengan daun bawang.
- β’Tips untuk goreng ikan, kalau mata ikan bertukar warna putih maknanya ikan dah boleh alih.
- β’Untuk tak nak ikan melekat, pastikan minyak betul-betul panas ataupun percik dengan sedikit garam atau masukkan asam keping sebelum goreng. Tapi yang paling penting periuk perlu well season sebelum guna.
- β’Untuk tumis sambal pastikan minyak lebih sikit barulah sambal tumis masak elok.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Berkaitan

Ikan Kembung Bakar Air Asam Kerisik
Ikan kembung bakar wangi dicicah dengan air asam kerisik pedas masam yang padu, confirm bertambah nasi!
Diterbitkan pada 4 Oktober 2025

Asam Pedas Ikan Kembung dan Sambal Belacan
undefined...
Diterbitkan pada 17 Februari 2023

Singgang Ikan Kembung
undefined...
Diterbitkan pada 22 Ogos 2022

Sambal Tumis Ikan Kembung
undefined...
Diterbitkan pada 25 Januari 2018

Singgang Pedas Ikan Kembung
undefined...
Diterbitkan pada 14 Disember 2014

Kari Kepala Ikan Jenahak
Resepi kari kepala ikan jenahak pekat dan padu, dengan tips tumis pecah minyak untuk aroma wangi semerbak macam di kedai mamak!
Diterbitkan pada 4 Oktober 2025
Resepi Terbaru

Ayam Masak Kicap Pekat Berkilat, Rasa Seimbang & Mudah Dibuat
Lauk Ayam Masak Kicap dengan kuah pekat berkilat, rasa manis lemak dan pedas sederhana yang pasti memikat selera.

Ayam Sambal Berlada
Ayam goreng garing disalut sambal pedas beraroma yang seimbang rasa masam, manis, dan wangi daun limau purut.

Nasi Goreng Kampung dan Sambal Belacan Padu
Resepi Nasi Goreng Kampung stail Che Nom yang pedas dan wangi, dihidang bersama Sambal Belacan Padu, telur mata, dan ikan bilis rangup.

Spaghetti Carbonara Tanpa Telur (Versi Halal & Autentik)
Resepi Spaghetti Carbonara asli Itali versi halal yang kaya berkrim tanpa setitik pun krim masakan.

Pisang Goreng Rangup Gluten Free
Resepi pisang goreng rangup tanpa gluten yang kekal garing dan kriuk-kriuk walaupun dah sejuk.

Mee Goreng Udang Pedas Basah
Mee goreng basah dengan udang segar dan sambal tumis pedas yang padu, sesuai untuk hidangan sekeluarga.
Artikel Terbaru

London Sudah Pulih Selepas Covid β Tapi Adakah Ia Masih Berbaloi Untuk Pelancong?
Beberapa tahun lepas, ramai yang menonton video YouTube tentang London dan terkejut dengan keadaannya.Kedai tutup, jalan lengang, terutama di kawasan...

Bila Kena βHalauβ di Switzerland: Antara Realiti Travel, Salah Faham & Kemanusiaan
Switzerland memang sebuah negara yang sangat cantik. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Gunungnya megah, tasiknya tenang, bandar-bandar tersusun...

Pengalaman Che Nom Sewa Airbnb di London: Apa Yang Tak Ditunjukkan Dalam Review
Bila bercuti ke luar negara bersama keluarga, terutamanya untuk tempoh yang agak panjang, pilihan penginapan memang jadi perkara paling penting. Kali...

Che Nom di Switzerland: Dari Citarasa Keajaiban Alpen Hingga Kehangatan Hati
Switzerland — sebuah nama yang membawa imaji gunung salju, tasik jernih, kereta api cantik, coklat asli, dan pengalaman yang susah nak digambar...

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging β Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...