Resepi Popia Goreng
Popia Goreng rangup di luar, inti sayur berperisa di dalam-memang ngam untuk minum petang. Resepi mudah, cepat siap dan confirm jadi.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- Kulit popia secukupnya
- 1 cawan sayur campur
- 300 gram taugeh
- 1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi
- 1/2 bawang besar dipotong dadu
- 1/2 kiub ayam
- 3 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- sedikit air
Cara Buat Popia Goreng
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Cincang kasar isi ayam.
- 2Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
- 3Masukkan sayur campur, taugeh, garam. kiub ayam dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi dalam 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
- 4Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
- 5Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos cili thai.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 20 biji
- Kalori
- 95 kcal
- Protein
- 3.5 g
- Karbohidrat
- 7 g
- Lemak
- 5.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 1 g
- Natrium:
- 40 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Kulit popia 'secukupnya' dianggar 20 keping (~10 g setiap satu).
- Minyak menggoreng dalam dikira 10% serapan; 3 sudu besar minyak menumis dikira penuh.
- Resepi tidak senaraikan garam; natrium datang daripada 1/2 kiub ayam sahaja.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 1 cawan sayur campur bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
- 1 cawan isi ayam, bahagian dada atau isi bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 140g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak
Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.
Pengenalan
Resepi Popia Goreng sesuai untuk minum petang,
mudah disediakan.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









