ResepiCheNom
Pancake Coklat

Resepi Pancake Coklat

Prep 15 minMasak 25 minJumlah 40 minHidangan 8 biji

Pancake coklat ni lembut, gebu dan senang sangat nak buat, memang ngam untuk sarapan. Makan panas-panas dengan madu atau sos coklat, terus puas hati.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Pancake

  • 2 Cawan tepung gandum2 Cawan tepung gandum250g
  • 4 Sudu Besar Mentega4 Sudu Besar Mentega57g
  • 2 Sudu Besar Jus Lemon2 Sudu Besar Jus Lemon30g
  • 4 Sudu Besar Gula Kastor4 Sudu Besar Gula Kastor50g
  • 3 Sudu Teh Baking Powder3 Sudu Teh Baking Powder12g
  • 2 Biji Telur2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecik Garam1 Sudu Kecik Garam
  • 1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Bahan Untuk Chocolate Gravy (Sos Coklat)

  • 250g coklat bar, cincang kasar250g coklat bar, cincang kasarlebih tepat dalam gram
  • 1/4 cawan butter1/4 cawan butter57g
  • 1/2 cawan susu full cream dutch lady1/2 cawan susu full cream dutch lady123g
  • 1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)1 sudu besar tepung (tepung serbaguna atau tepung gandum)8g

Cara Buat Pancake Coklat

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Penyediaan Utama

  1. 1
    Cara untuk pancake
  2. 2
    Cairkan mentega.
  3. 3
    Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.
  4. 4
    Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan.
  5. 5
    Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.
  6. 6
    Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.
  7. 7
    Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.
  8. 8
    Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian.

Untuk Coklat

  1. 1
    Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'.
  2. 2
    Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati.
  3. 3
    bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 Cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
4 Sudu Besar Mentega bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 57g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kaedah double boil ialah teknik memasak menggunakan stim dan memerlukan 2 tingkat periuk. Masukkan air 1/4 penuh di dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Ambil satu mangkuk kaca dan letakkan di atas periuk yang mendidih tadi. Kepanasan dari stim akan mencairkan adunan coklat tadi.
Video
Pengenalan

Resepi Pancake Coklat,

sedap dan mudah,

sesuai untuk sarapan

Diterbitkan pada 24 Ogos 20133.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru