Resepi Nugget Nasi
Nugget nasi rangup di luar, lembut di dalam-boleh campur ayam/seafood dan sayur ikut suka, garam pun boleh kawal. Sesuai jadi snek anak-anak, siap boleh simpan frozen.

Bahan-bahan
Bahan Untuk Nugget
- 2 cawan nasi
- 2-3 ketul / 300g isi ayam
- 1/2 batang carrot
- 2 ulas bawang putih
- Daun bawang
- 1 sk serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji telur
- 3 sb tepung jagung
- Serbuk roti
- Secubit garam
- 1-2 biji telur(salut)
Cara Buat Nugget Nasi
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 8 biji
- Kalori
- 260 kcal
- Protein
- 12 g
- Karbohidrat
- 22 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 0.5 g
- Natrium:
- 380 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Serbuk roti 'secukupnya' dianggar 60 g yang melekat.
- Minyak menggoreng dikira 10% serapan pada ~900 g nugget.
- 2 cawan nasi masak dianggar 370 g.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Untuk lebih mudah bentukkan isi nugget, boleh sudukan adunan isi nugget dan drop dalam tepung.
- Kalau tepung salutan menyerap ke dalam isi nugget, boleh salut balik dengan tepung sebelum celup telur.
- Masa goreng nugget, jangan letak penuh kuali takut suhu minyak turun, minyak jadi tak panas, nugget tak garing dan mudah berderai masa tengah goreng.
Video
Pengenalan
Sempena cuti sekolah, Che Nom nak share resepi nugget nasi. Walaupun namanya nugget nasi kita boleh campur macam-macam seperti isi ayam atau isi sefood dan juga sayur, jadi ianya lebih sihat. Kandungan garam dgn perasa pon boleh di kawal.
Lepas adun dan bentuk, kita salut pula dengan serbuk roti. Bila goreng nanti akan terhasil textur yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Nasi yang dah tak tau nak buat apa kalau ada lebih tu, jom buat nugget. Sesiapa nak buat sebagai snek petang untuk anak-anak nak mengunyah memang sangat sesuai. Yang bagusnya boleh simpan frozen.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









