ResepiCheNom
Maggi Goreng Sambal Penyet

Resepi Maggi Goreng Sambal Penyet

Prep 10 minMasak 15 minJumlah 25 minHidangan 1 orang

Maggi goreng Sambal Penyet ni memang cepat dan mudah sebab sambal dah siap stok.

Bahan-bahan

Bahan Untuk Maggi Sambal Penyet

  • 2 ulas bawang putih2 ulas bawang putih
  • Daun sawiDaun sawi
  • 1/2 biji tomato1/2 biji tomato
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar1/2 biji bawang besar
  • 1 sb sambal nyet1 sb sambal nyet
  • 1/2 peket perencah maggi1/2 peket perencah maggi
  • 1/2 sb sos cili1/2 sb sos cili
  • 1/2 sb kicap manis1/2 sb kicap manis
  • 1 paket maggi1 paket maggi

Cara Buat Maggi Goreng Sambal Penyet

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Untuk Maggi Sambal Penyet

  1. 1
    Cincang kasar bawang putih, (kalau ada bawang besar atau bawang merah kecil boleh campur sikit).
  2. 2
    Daun sawi basuh bersih kemudian asingkan batang dan daun. Potong kasar daun sawi. Batang sawi Che Nom tekan biar pecah kemudian baru potong (supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan).
  3. 3
    Potong kasar tomato.
  4. 4
    Panaskan minyak dan goreng telur. Bila telur dah masak angkat dan ketepikan.
  5. 5
    Tumis bawang besar sampai bawang layu kemudian masukkan bawang putih cincang. Kacau sampai bawang putih garing.
  6. 6
    Masukkan batang sawi dan tomato kemudian masak sampai sayur layu.
  7. 7
    Masukkan sambal penyet dan perencah maggi. Kacau sebati
  8. 8
    Masukkan daun sawi dan kacau.
  9. 9
    Tolak sikit bahan tumisan dan sayur ke tepi, tambah sedikit minyak dan pecah masuk telur.
  10. 10
    Kacau telur biar jadi scramble egg (tapi jangan hancur sangat). Tabur sedikit perencah maggi atas telur (pilihan).
  11. 11
    Masukkan sos cili dan kicap manis. Kacau sebati.
  12. 12
    Masukkan maggi kosong (yang telah dicelur). Kacau sampai bahan bergaul sebati.
  13. 13
    Boleh tambah sambal penyet dan kicap mengikut citarasa sendiri.
  14. 14
    Hidangkan maggi goreng bersama telur goreng dan sambal penyet.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Batang sawi Che Nom tekan biar pecah kemudian baru potong, supaya bila masak bahan tumisan meresap kedalam batang dan tak rasa tawar bila makan.
  • Selepas celur maggi, angkat dan bilas dengan air paip cepat-cepat sebab tak nak maggi kembang.
Video
Pengenalan

Seperti yang dijanjikan, selepas Che Nom berkongsi video cara untuk sediakan Sambal Penyet yg boleh disimpan sebagai stok di dapur, kita tengok pula cara untuk masak maggi goreng Sambal Penyet. Penyediannya sangat mudah dan cepat kerana kita dah masak sambal terlebih dahulu.

Sebungkus maggi kari, Che Nom goreng bersama dengan bahan tumisan dan sayur mengikut apa sahaja bahan yang ada kat dapur. Kemudian hidang pula dengan telur goreng makcik kantin yang masih gedik-gedik lagi telur kuning nya dan rangup di tepi.

Kombinasi yang sangat ringkas, tapi dari segi rasa cukup padu. ‘Another level’ lah boleh katakan.

Diterbitkan pada 11 November 20223.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru