ResepiCheNom
Kek Coklat Moist
Kek

Resepi Kek Coklat Moist

Prep 30 minMasak 40 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 6 keping

Kek coklat moist yang gebu dan pekat rasa coklat, memang jadi kegemaran seisi keluarga. Sesuai untuk harijadi dan raya, cuma guna 6 bahan utama.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 cawan serbuk coklat1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula perang1 cawan gula perang220g
  • 1 cawan susu coklat dutch lady1 cawan susu coklat dutch lady245g
  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak218g
  • 1/2 cawan susu pekat manis1/2 cawan susu pekat manis158g
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur3 biji telur

Cara Buat Kek Coklat

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kek

  1. 1
    Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
  2. 2
    Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. 3
    Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. 4
    Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
  5. 5
    Lumurkan marjerin pada loyang...masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. 6
    Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya kek dah masak

Untuk Topping

  1. 1
    Cairkan 2 sudu marjerin..
  2. 2
    Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan gula perang bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 220g (cawan US 240ml).
1 cawan susu coklat dutch lady bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 245g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Untuk hasil yang terbaik...lepas kek dah siap dikukus...keluarkan sekejap...terus letak topping...dan taburkan coklat rice...biarkan semalaman
Video
Pengenalan

Resepi Kek Coklat Moist, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga anda, sesuai untuk dihidangkan pada majlis harijadi dan dihari raya.

Hanya 6 bahan utama diperlukan.

Diterbitkan pada 21 Ogos 2013173.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru