Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Kek

Resepi Kek Coklat Moist

Prep 30 minMasak 40 minJumlah 1 jam 10 minHidangan 6 keping

Kek coklat moist yang gebu dan pekat rasa coklat, memang jadi kegemaran seisi keluarga. Sesuai untuk harijadi dan raya, cuma guna 6 bahan utama.

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 1 cawan serbuk coklat1 cawan serbuk coklat85g
  • 1 cawan gula perang1 cawan gula perang220g
  • 1 cawan susu coklat dutch lady1 cawan susu coklat dutch lady245g
  • 1 cawan minyak masak1 cawan minyak masak218g
  • 1/2 cawan susu pekat manis1/2 cawan susu pekat manis158g
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur3 biji telur

Cara Buat Kek Coklat

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Kek

  1. 1
    Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
  2. 2
    Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. 3
    Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. 4
    Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
  5. 5
    Lumurkan marjerin pada loyang...masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. 6
    Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya kek dah masak

Untuk Topping

  1. 1
    Cairkan 2 sudu marjerin..
  2. 2
    Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing

Anggaran nutrisi

Setiap 1 potong · resepi untuk 6 potong

Kalori
750 kcal
Protein
12.5 g
Karbohidrat
85 g
Lemak
44.5 g
Serat:
6 g
Gula:
51 g
Natrium:
370 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
  • Bilangan hidangan mengikut resepi (6 potong) — bermakna potongan yang besar, bukan potongan kecil.
  • 1 cawan minyak masak (±220 g) menyumbang lebih separuh daripada lemak.
  • Gula perang 200 g dan susu pekat manis 150 g menyumbang kebanyakan gula.
  • Serbuk koko 1 cawan dikira 85 g.

Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1 cawan serbuk coklat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 85g (cawan US 240ml).
1 cawan gula perang bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 220g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Petua & Panduan

  1. Untuk hasil yang terbaik...lepas kek dah siap dikukus...keluarkan sekejap...terus letak topping...dan taburkan coklat rice...biarkan semalaman
Video
Pengenalan

Resepi Kek Coklat Moist, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga anda, sesuai untuk dihidangkan pada majlis harijadi dan dihari raya.

Hanya 6 bahan utama diperlukan.

Diterbitkan pada 21 Ogos 2013185.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Terbaru