
Resepi Kek Batik Sedap
Kek batik klasik kegemaran ramai, mudah dibuat dan sedap dimakan bila-bila masa. Sejukkan semalaman supaya salutan coklat cantik set, baru senang potong kemas.
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 pek biskut Marie
- 250g mentega/butter
- 200g serbuk Milo
- 3 sudu besar serbuk koko, ayak
- 3/4 tin susu pekat
Cara Buat Kek Batik
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
- 2Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
- 3Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
- 4Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
- 5Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
- 6Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 250g mentega/butter bersamaan berapa cawan?
- ± 1 cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
- 200g serbuk Milo bersamaan berapa cawan?
- ± 1 ⅔ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Video
Pengenalan
Resipi Kek Batik, sejak dari zaman Che Nom sekolah ramai kawan dan saudara suka membuatnya. Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat.
Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Berkaitan

Resepi Kek Batik Milo

Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven

Resepi Puding Kek Batik

Resepi Kek Batik Cheese Neapolitan

Resepi Kek Batik Marie Dengan Topping Coklat Ganache

Resepi Kek Batik Lembut & Klasik (Tak Keras, Senang Potong)
Resepi Terbaru

Resepi Dalca Tulang, Nasi Minyak dan Acar Timun

Resepi Ayam Belengas Viral

Resepi Chicken Tenders Homemade Dengan Creamy Garlic Sauce

Resepi Set Nasi Kerabu

Resepi Ayam Gunting Pasar Malam



