Resepi Burger Malaysia Terbaik
Burger Malaysia paling sedap dengan inti sambal ikan bilis pekat, bun kekal lembut dan gebu. Jom buat sendiri, mudah tapi puas hati bila makan panas-panas.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 cawan (256g) tepung gandum
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar majerin atau shortening
- 1 1/2 sudu kecil serbuk yis
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 1/2 sudu besar gula halus
- 180ml air suam
Cara Buat Burger Malaysia
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
- 2Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
- 3Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
- 4Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
- 5Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
- 6Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
- 7Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
- 8Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
- 9Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
- 10Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 12 orang
- Kalori
- 110 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 19.5 g
- Lemak
- 2.5 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 120 mg
Andaian pengiraan · keyakinan tinggi
- Senarai bahan hanya untuk ROTI burger — inti daging, sayur dan sos TIDAK dikira.
- Semua sukatan gram dalam resepi digunakan terus.
- Air suam tidak menyumbang kalori.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- 2 cawan (256g) tepung gandum bersamaan berapa cawan?
- ± 2 cawan + 1 sudu besar (cawan US 240ml).
- 2 sudu besar susu tepung bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 16g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat
Video
Pengenalan
Resepi Burger Malaysia terbaik dan paling sedap. Dah lama Che' Nom nak cuba buat burger malaysia ni sebab memang suka makan tapi cuma sekarang baru ada kerajinan nak mencuba.
Inti sambal ikan bilis haruslah agak pekat supaya burger malaysia tidak lembik kerana kuah sambal yang cair dan bun pasti kekal lembut dan gebu.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus








