ResepiCheNom
Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau

Prep 20 minMasak 20 minJumlah 40 min

Bubur Kacang Hijau ni memang sedap dan mudah, cuma rendam semalaman lepas tu rebus sampai lembut. Lagi cepat kalau guna pressure cooker, makan panas-panas pun ngam.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 300 gram kacang hijau300 gram kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat2 cawan santan pekat480g
  • 2 cawan santan cair (dari 1/2 biji kelapa parut)2 cawan santan cair (dari 1/2 biji kelapa parut)480g
  • 3 sudu besar sagu3 sudu besar sagu30g
  • 1 1/2 senduk gula pasir1 1/2 senduk gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasagaram secukup rasa
  • 2 helai daun pandan2 helai daun pandan

Cara Buat Bubur Kacang Hijau

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk.
  2. 2
    Masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan pula sagu.
  3. 3
    Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  4. 4
    Perasakan dengan sedikit garam supaya kuah dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak masin.
  5. 5
    Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau begitu sahaja.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan santan pekat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 480g (cawan US 240ml).
2 cawan santan cair (dari 1/2 biji kelapa parut) bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 480g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Bubur Kacang Hijau yg sangat sedap. Tak susah nk buat bubur ni, cuma rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga lembut.

Lagi mudah jika anda mempunyai pressure cooker. Dalam masa 10 minit kacang sudah pecah dan lembut.

Che Nom memang sangat menggemari bubur kacang, dimakan bersama roti atau pun dimakan begitu sahaja. Jom check resipi mudah ni.

Diterbitkan pada 16 September 201589.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru