Biskut Semperit Raya OREO

Hi Semua, kali ni kami akan sediakan biskut untuk hari Raya…iaitu biskut Semperit Oreo yang sedap dan rangup. Jom tgk mcm mana Che Nom dan anak-anak bekerjasama buat biskut ni…

Anda pun boleh cuba kat rumah, hasilkan resepi sendiri menggunakan biskut oreo. 

Kalau doh masih lembut, tambah tepung gandum sikit demi sedikit sampai dapat adunan yg boleh dipaip dan dibentuk guna acuan.  

Che Nom

Dikongsi oleh

Che Nom

Diterbitkan pada 16 Jun 2020141 paparan

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

  • 10 keping biskut oreo
  • 200g tepung jagung
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 kuning telur
  • 250g mentega
  • 100g gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 190g tepung gandum
  • baki biskut oreo, untuk hiasan
Cara Memasak

  1. 1
    Patahkan dan kisar halus biskut Oreo.
  2. 2
    Ayakkan tepung jagung dan serbuk koko.
  3. 3
    Pecahkan telur dan ambil kuning telur sahaja.
  4. 4
    Masukkan butter, telur kuning, gula aising kedalam mixer dan kisar sekata.
  5. 5
    Tambah esen vanila.
  6. 6
    Kaupkan bahagian bawah adunan supaya semua adunan sebati.
  7. 7
    Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
  8. 8
    Masukkan serbuk Oreo yang dikisar tadi.
  9. 9
    Teruskan putar dan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
  10. 10
    Bila doh sebati, rehatkan sekejap.
  11. 11
    Patahkan labihan Oreo tadi kepada ketulan kecil untuk dihias atas biskut semperit.
  12. 12
    Masukkan doh kedalam acuan semperit.
  13. 13
    Tekan sampai habis atas dulang yang disapu sedikit butter dan lapik dengan baking paper.
  14. 14
    Susun ketulan Oreo atas doh semperit.
  15. 15
    Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree Celsius dalam anggaran 15 minit atau biskut masak.
  16. 16
    Susun atas rak penyejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Petua & Panduan
  • Kalau doh masih lembut, tambah tepung gandum sikit demi sedikit sampai dapat adunan yg boleh dipaip dan dibentuk guna acuan.

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

786 Resipi
Lihat profil Che_Nom

Resipi Berkaitan