ResepiCheNom
Biskut Hazelnut Nutella

Resepi Biskut Hazelnut Nutella

Prep 1 jam 30 minMasak 15 minJumlah 1 jam 45 minHidangan 40 biji

Biskut Hazelnut Nutella ni simple tapi nampak mewah, dengan inti Nutella cair di tengah. Memang sesuai untuk biskut raya, makan hari biasa pun sedap.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang87g
  • 2 1/2 cawan tepung gandum2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda1/2 sudu kecil baking soda3g
  • 225 gram unsalted butter225 gram unsalted butter
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 3/4 cawan gula kastor3/4 cawan gula kastor150g
  • 1 biji telur kuning1 biji telur kuning
  • NutellaNutella

Cara Buat Biskut Hazelnut Nutella

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Kisar kacang hazelnut yang dipanggang tadi sehingga menjadi serbuk halus.
  2. 2
    Pukul unsalted butter dan gula sehingga sebati dan warna bertukar menjadi kuning pucat, kemudian masukkan telur kuning dan garam. Kacau sebati.
  3. 3
    Ayak tepung gandum dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselang seli kan dengan serbuk hazelnut ke dalam adunan. Kacau sehingga menjadi doh yang sebati. Doh memang agak lembik dan jangan ditambah tepung lagi.
  4. 4
    Balut doh dengan plastik cling atau plastic wrap. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam ke 1 jam. Keluarkan doh, lapik plastik di permukaan dan canai setebal 1/4 cm. Terap dengan acuan dan bakar pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit.
  5. 5
    Angkat dan sejukkan. Letakkan Nutella sebagai inti di tengah.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) – Penukaran dari oven 160°C 10 minit

  1. Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Sediakan dulang/bakul: lapik dengan kertas bakar berlubang atau kertas bakar biasa (pastikan tidak menghalang aliran udara sepenuhnya).
  3. Susun biskut jarakkan ±2–3 cm (jangan bertindih). Buat 4–8 keping satu batch bergantung saiz bakul.
  4. Bakar pada 150–165°C selama 8–12 minit.
    • Semak awal pada minit ke-8 (penting kerana biskut tebal dan air fryer cepat panas).
  5. Rehatkan biskut 2–3 minit dalam bakul/dulang (ia akan ‘set’ bila sejuk), kemudian alih ke rak penyejuk.

Petunjuk siap: tepi sedikit keemasan, permukaan tidak berkilat basah, tengah masih lembut tetapi tidak cair.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2/3 cawan kacang hazelnut yang dipanggang bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 87g (cawan US 240ml).
1/2 sudu kecil baking soda bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 3g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Biskut Hazelnut Nutella yang simple tetapi menarik kerana di letakkan filling nutella di tengah.

Sesuai jika dihidangkan di hari raya, boleh juga dimakan pd hari-hari biasa.

Diterbitkan pada 9 Julai 20154.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru