
Biskut Crunchy Caramel Almond
Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.
Jangan terkejut kalau lihat di dalam resipi tiada sebarang gula digunakan sebab tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel. Cuma mungkin harganya agak mahal. Che Nom beli tepung bienetta atau florentine yang beratnya 600g pada harga RM23. Boleh didapati dengan mudah di kedai bakeri.
Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya.

Dikongsi oleh
Che Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
- 200 gram tepung florentine
- 150 gram kepingan badam (sliced almond)
- 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
- 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
- 2 sudu besar bijan hitam
- 1Panaskan oven kepada suhu 160°C.
- 2Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
- 3Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14"×14" yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
- 4Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
- •Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Boleh bagi panduan macam mana nak mengelakkan biskut dari melekat pada kertas?
UmumUntuk mengelakkan biskut melekat pada kertas, pastikan anda menggunakan kertas parchment (baking paper) seperti yang dinyatakan dalam resipi. Tuangkan adunan biskut ke atas loyang yang telah dilapik dengan kertas parchment. Ini bertujuan untuk mengelakkan biskut daripada melekat pada loyang dan memudahkan proses mengangkat biskut selepas dibakar.
Soalan: Saya sudah gunakan kertas parchment, tapi masih melekat, kenapa yer?
UmumResipi ini tidak menyatakan sebab-sebab lain biskut melekat pada kertas parchment, tetapi berdasarkan amalan biasa, ada beberapa kemungkinan. Pertama, pastikan anda menggunakan kertas parchment yang berkualiti baik, bukan kertas minyak biasa.
Selain itu, pastikan adunan biskut tidak terlebih bakar. Biskut yang terlalu garing lebih mudah melekat. Anda juga boleh cuba menyapu sedikit minyak atau mentega cair pada kertas parchment sebelum menuang adunan, walaupun kebiasaannya ini tidak perlu jika menggunakan kertas parchment yang baik. Akhir sekali, pastikan biskut telah disejukkan sepenuhnya sebelum cuba menanggalkannya dari kertas.

Resipi Premium Eksklusif
Resepi Tiramisu klasik yang lembut, gebu dan kaya dengan rasa kopi, menggunakan keju mascarpone sebenar.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Resepi Terbaru

Lempeng Kelapa dan Kari Ikan Kembung Utara
Resipi lempeng kelapa lembut yang wangi, dicicah dengan kari ikan kembung pekat ala utara, sesuai untuk sarapan pagi.

Apam Jagung Kukus Tanpa Telur
Resepi Apam Jagung tanpa telur yang sangat lembut, gebu dan wangi, sesuai untuk minum petang.

Nasi Ayam Thai (Khao Man Gai)
Nasi ayam Thai 'one-pot' dengan ayam rebus yang lembut dan sos pencicah padu yang pasti membangkitkan selera.

Kek Butter Cheese Ala Mita
Resepi kek butter premium dengan rasa creamy keju, tekstur lembut di dalam dan kerak rangup di luar.

Cucur Bilis Rangup Tanpa Gluten
Resepi cucur ikan bilis rangup istimewa yang bebas gluten, menggunakan gabungan tiga jenis tepung untuk hasil yang ringan dan tahan lama.

Tiramisu Tanpa Telur dengan Biskut Ladyfinger Homemade
Resipi Tiramisu Tanpa Telur yang mewah berkrim, dihidang dengan biskut ladyfinger homemade yang gebu dan lembut.
Artikel Terbaru

Cara Potong Daging Supaya Lembut dan Tak Liat
Assalamualaikum dan hai semua!Hari ni Che Nom nak kongsi satu ilmu asas yang sangat penting bila masak daging — iaitu cara potong daging dengan...

5 Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging – Petua Mudah dari Dapur Che Nom
Assalamualaikum dan hai semua!Pernah tak anda semangat nak masak lauk daging, tapi bila buka bungkusan daging tu… adoi, bau hanyir dia kuat sa...

Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan
Dari Jurutera Rangkaian ke Pencipta Resipi: Kisah Che Nom Mencari Keseimbangan Assalamualaikum dan hai semua!Che Nom nak kongsi sikit satu cerita per...
Misogini di Media Sosial: Realiti Pahit Buat Influencer Wanita
Pendahuluan Dalam era digital hari ini, menjadi influencer media sosial kelihatan glamor — penuh dengan gambar cantik, video trending, dan jempu...

Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya!
Kenapa Kek Pisang Jadi Bantat & Turun Lepas Sejuk? Ini Punca & Cara Atasinya! Anda mesti pernah rasa kecewa, kan? Bila intai dalam oven, kek...

Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia
Untung Ke Buat Kek Puding Karamel Pelangi Sendiri? Analisis Kos, Harga & Keuntungan (9 Inci) untuk Home Bakers Malaysia Berminat nak mula menjua...