ResepiCheNom
Biskut Cornflakes Coklat Badam

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam

Prep 15 minMasak 10 minJumlah 25 minHidangan biji

Biskut Cornflakes Coklat Badam ni paling senang, tak perlu bakar-gaul je cornflakes, badam cincang dan coklat cair, tabur hiasan terus siap.

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 150 gram cornflakes150 gram cornflakes
  • 150 gram coklat bar150 gram coklat bar
  • 50 gram badam cincang50 gram badam cincang
  • 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh

Cara Buat Biskut Cornflakes Coklat Badam

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. 2
    Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
  3. 3
    Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
  4. 4
    Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
  5. 5
    Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Versi Air Fryer pautan

Air Fryer (Jenis Bakul) — Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam

  1. Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut atas kertas bakar/perforated liner. Tinggalkan jarak ±2–3 cm antara biskut (jangan terlalu rapat).
  3. Bakar pada 150–160°C selama 7–10 minit.
  4. Semak awal pada minit ke-7 (ini penting kerana air fryer cepat perang).
  5. Bila cukup masak, biarkan biskut rehat dalam bakul 2–3 minit, kemudian alih ke rak dan sejukkan 10–15 minit untuk keras sepenuhnya.

Petanda masak: tepi set dan perang keemasan ringan, permukaan nampak kering/set, bawah perang muda. Laras masa/suhu ikut model air fryer dan ketebalan biskut.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kaedah double boiler - masak air di dalam periuk 1/3 penuh sehingga mendidih. Letakkan mangkuk stainless steel atau kaca tahan panas di atas permukaan periuk. Mangkuk akan panas dari steam.
Pengenalan

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam adalah biskut paling senang sekali kerana tak perlu di bakar, cuma gaul cornflakes bersama badam,coklat cair dan taburkan dengan hiasan.

Terus Siap! Kali pertama buat biskut ni, satu balang anak dara Che Nom habiskan sorang. Sedap katanya kerana rangup dari cornflakes coklat dan juga lemak dari badam cincang. Sila lah cuba, pasti anda suka :)

Diterbitkan pada 14 Jun 201521.4K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru