Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam
Biskut Cornflakes Coklat Badam ni paling senang, tak perlu bakar-gaul je cornflakes, badam cincang dan coklat cair, tabur hiasan terus siap.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- 150 gram cornflakes
- 150 gram coklat bar
- 50 gram badam cincang
- 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh
Cara Buat Biskut Cornflakes Coklat Badam
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
- 2Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
- 3Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
- 4Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
- 5Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 30 biji
- Kalori
- 60 kcal
- Protein
- 1 g
- Karbohidrat
- 7.5 g
- Lemak
- 3 g
- Serat:
- 0.5 g
- Gula:
- 3 g
- Natrium:
- 40 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Bilangan keping tidak dinyatakan; adunan ~370 g dianggar 30 biji dalam cawan kertas kecil.
- Coklat bar dikira coklat kompaun susu.
- Shortening dianggar 1½ sudu besar.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Versi Air Fryer pautan
Air Fryer (Jenis Bakul) — Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam
- Panaskan awal air fryer pada 160°C selama 3 minit.
- Susun biskut atas kertas bakar/perforated liner. Tinggalkan jarak ±2–3 cm antara biskut (jangan terlalu rapat).
- Bakar pada 150–160°C selama 7–10 minit.
- Semak awal pada minit ke-7 (ini penting kerana air fryer cepat perang).
- Bila cukup masak, biarkan biskut rehat dalam bakul 2–3 minit, kemudian alih ke rak dan sejukkan 10–15 minit untuk keras sepenuhnya.
Petanda masak: tepi set dan perang keemasan ringan, permukaan nampak kering/set, bawah perang muda. Laras masa/suhu ikut model air fryer dan ketebalan biskut.
Anggaran. Bergantung pada model air fryer.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Kaedah double boiler - masak air di dalam periuk 1/3 penuh sehingga mendidih. Letakkan mangkuk stainless steel atau kaca tahan panas di atas permukaan periuk. Mangkuk akan panas dari steam.
Pengenalan
Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam adalah biskut paling senang sekali kerana tak perlu di bakar, cuma gaul cornflakes bersama badam,coklat cair dan taburkan dengan hiasan.
Terus Siap! Kali pertama buat biskut ni, satu balang anak dara Che Nom habiskan sorang. Sedap katanya kerana rangup dari cornflakes coklat dan juga lemak dari badam cincang. Sila lah cuba, pasti anda suka :)
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









