ResepiCheNom
Biskut Arab

Resepi Biskut Arab

Prep 15 minMasak 20 minJumlah 35 minHidangan biji

Biskut Arab gebu dan cantik 3 warna, senang dibuat dengan bahan yang tak banyak. Memang sedap dan antara biskut wajib Che Nom untuk raya, cubalah.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 3/4 cawan gula kastor3/4 cawan gula kastor150g
  • 1 tin kecil mintak sapi (anggaran)1 tin kecil mintak sapi (anggaran)
  • pewarna kuningpewarna kuning
  • pewarna pink atau merahpewarna pink atau merah
  • pewarna birupewarna biru

Cara Buat Biskut Arab

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.
  2. 2
    Ayak lagi sekali tepung gandum (kalau tak nak ayak pun tidak mengapa, Che Nom ayak supaya nk tepung tu tidak berketul lepas disangai).
  3. 3
    Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  4. 4
    Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.
  5. 5
    Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.
  6. 6
    Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan ke dalam paper cup.
Versi Air Fryer pautan

Air fryer (jenis bakul) – Resepi Biskut Arab

  1. Panaskan awal air fryer pada 150°C selama 3 minit.
  2. Susun biskut di atas kertas baking berlubang/perforated atau terus atas bakul (jangan bertindih). Tinggalkan jarak 2–3 cm antara biskut.
  3. Bakar pada 145–155°C selama 8–12 minit.
  4. Semak awal pada minit ke-8: cari tepi mula kekuningan dan permukaan kering. Jika belum, sambung 1–4 minit lagi.
  5. Keluarkan dan sejukkan 5–10 minit (biskut biasanya mengeras apabila sejuk).

Nota larasan ikut model: Jika air fryer anda kuat panas, mula pada 145°C dahulu dan tambah masa sedikit-sedikit.

Anggaran. Bergantung pada model air fryer.

Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
3/4 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 150g (cawan US 240ml).
Video
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi biskut Arab yang sangat gebu dan cantik dalam 3 warna. Senang nak dibuat dan bahan pun tak banyak. Sedap pula tu :)

Biskut ini termasuk dalam senarai biskut wajib disediakan Che Nom pada hari raya. Cubalah ya.

Diterbitkan pada 10 Jun 201536.3K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru