Resepi Ayam Kung Pao Special
Ayam Kung Pao versi upgrade ala Che Nom, pedas cili kering dengan rasa lemak manis kacang/gajus dan sos soya. Simple tapi padu, sedap makan dengan nasi panas.

Bahan-bahan
Cara Buat Ayam Kung Pao
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Untuk Ayam Kung Pao
- 1Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih dan halia.
- 2Potong ayam dalam bentuk kiub lalu gaul rata tepung jagung dan kicap cair.
- 3Perap seketika ayam tersebut.
- 4Pada bekas asing, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air lalu kacau kesemua bahan hingga sekata.
- 5Panaskan minyak dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan lalu angkat.
- 6Goreng cili kering dan masukkan isi ayam sehingga ayam kelihatan keperangan.
- 7Masukkan hirisan bawang putih dan halia, lalu gaul sehingga naik bau.
- 8Sesudah itu, masukkan lada benggala, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland dan gajus.
- 9Tambah garam jika perlu.
- 10Masukkan daun bawang dan sambung sehingga masak.
- 11Kemudian, ayam kung pao siap dan boleh dihidang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 375 kcal
- Protein
- 18 g
- Karbohidrat
- 19 g
- Lemak
- 24.5 g
- Serat:
- 1 g
- Gula:
- 7 g
- Natrium:
- 930 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Isi ayam 400 g dikira daging campuran ~175 kcal/100 g.
- 1 senduk minyak dianggar 40 g dan kekal sepenuhnya dalam masakan (tumis).
- Gajus ½ mangkuk kecil dianggar 75 g.
- Empat sudu besar kicap cair (perap + sos) adalah punca utama natrium.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Masak ayam diatas api yang besar dan kacau dengan cepat supaya ayam kung pao menjadi lebih ‘juicy’, lembut’ dan masak sempurna.
Video
Pengenalan
Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini tak sama macam versi klasik sebab Che Nom ada tambah dan tukar dengan beberapa bahan yang Che Nom suka tapi masih lagi kekalkan konsep asas masakan ni.
Resepi kali ni pun adalah resepi upgrade dari versi yang lepas Ayam kung pao ini kalau untuk tekak melayu, memang kena sangat rasanya sebab ada rasa pedas dari cili kering dan rasa lemak-lemak manis dari kacang atau gajus dan sos soya.
Cukup simple dan sedap kalau makan dengan nasi panas saja.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Kari Ayam Pecah Minyak & Kuah Merah

Resepi Telur Dadar Simple Garing dan Gebu

Resepi Telur Dadar Bawang Cili

Resepi Asam Laksa Penang Kuah Pekat

Resepi Kentang Wedges Air Fryer







