Resepi Keli Balado
Jom buat Keli Balado-ikan keli goreng rangup tak meletup, lepas tu gaul dengan sambal balado cili segar yang simple tapi padu. Sedap makan panas-panas dengan nasi.

Bahan-bahan
Cara Buat Keli Balado
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 orang · resepi untuk 5 orang
- Kalori
- 425 kcal
- Protein
- 20.5 g
- Karbohidrat
- 17.5 g
- Lemak
- 29 g
- Serat:
- 1.5 g
- Gula:
- 4.5 g
- Natrium:
- 1580 mg
Andaian pengiraan · keyakinan sederhana
- Ikan keli 4–5 ekor dianggar 1.1 kg, 55% isi boleh dimakan.
- Minyak tidak disenaraikan; serapan goreng 12% ditambah 3 sudu besar untuk tumis balado.
- Tepung gandum dan limau untuk 'mencuci' ikan dibuang, tidak dikira.
- Tepung beras salutan dianggar 80 g dengan 50% melekat.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Cara untuk hilangkan lendir dan hanyir pada ikan keli adalah dengan membasuh ikan keli dengan 3 atau 4 sudu besar tepung gandum. Selepas hilang lendir, perah jus limau kasturi / limau nipis / cuka / asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan keli. Biarkan ikan keli lebih kurang 10-15 minit lalu bilas sebelum disalut tepung.
- Jika mahukan ikan keli goreng lebih rangup, kelarkan kedua belah bahagian ikan hingga ke tulang.
- Jika tidak mahu masukkan belacan, boleh masukkan sos tiram sahaja.
- Tepung beras adalah petua bagi mengelakkan minyak meletup ketika menggoreng ikan keli dan ikan keli goreng akan menjadi lebih rangup. Selain tepung beras, boleh juga gaulkan cuka untuk rangupkan tekstur ikan keli goreng.
- Petua lain supaya minyak tidak meletup adalah dengan memasukkan asam keping, hirisan halia ataupun sedikit taburan tepung beras kedalam minyak panas sebelum menggoreng ikan keli.
Video
Pengenalan
Jom kita masak ikan keli goreng balado kali ni. Ada tips untuk dapatkan ikan keli goreng yang rangup dan juga tak meletup bila digoreng. 13 tahun lepas Che Nom pernah goreng tapi letupan dia masyaAllah macam nak perang. Sekarang baru ada keberanian nak cuba semula.
Memang hasil nya sangat memuaskan kali ni. Sambal pula Che Nom masak menggunakan cili fresh, dan masak sambal balado yang simple tapi sedap sungguh kalau makan panas-panas dengan nasi.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









