ResepiCheNom
Apam Kukus Coklat

Resepi Apam Kukus Coklat

Prep 10 minMasak 18 minJumlah 28 minHidangan 20 biji

Apam Kukus Coklat ni lembap, gebu dan senang sangat nak buat, bahan pun kebanyakannya memang ada di dapur. Sesuai untuk bekal anak, simpan peti ais pun tahan lama.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum*2 cawan tepung gandum*250g
  • 5 sudu besar serbuk koko*5 sudu besar serbuk koko*27g
  • 1 sudu teh baking powder*1 sudu teh baking powder*4g
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat*1/2 sudu teh soda bikarbonat*3g
  • 1/2 sudu teh garam halus*1/2 sudu teh garam halus*3g
  • 2 biji telur2 biji telur
  • 1 cawan minyak sayur1 cawan minyak sayur218g
  • 1 cawan susu pekat manis1 cawan susu pekat manis315g
  • 1 cawan gula halus1 cawan gula halus200g
  • 1 cawan air1 cawan air240g
  • sedikit minyak untuk sapu pada acuansedikit minyak untuk sapu pada acuan

Cara Buat Apam Kukus Coklat

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Ayak bahan-bahan bertanda (*) di dalam mangkuk besar.
  2. 2
    Masukkan telur, minyak sayur, susu pekat, gula halus dan air ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sebati menggunakan hand whisk. Rehatkan seketikan selama 30 minit.
  3. 3
    Panaskan kukusan. Sapu minyak di bahagian dalam acuan lompang.
  4. 4
    Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan. Kukus selama 15-18 minit.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum* bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
5 sudu besar serbuk koko* bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 27g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Bahan-bahan tersebut perlu diayak kerana serbuk koko selalunya berketul-ketul. Lebih mudah dibancuh jika semua bahan tersebut diayak.
  • Penutup kukusan hendaklah dibalut dengan kalin supaya titisan air tidak jatuh ke dalam kuih semasa proses mengukus.
Video
Pengenalan

Resepi Apam Kukus Coklat yang lembap dan gebu, dan paling utama sekali kuih ini amat mudah disediakan. Anak-anak pun sangat menyukainya. Resepi ini Che Nom dapat dari sahabat di facebook dan bila ditengok bahan-bahannya amat mudah dan kebanyakannya dah ada di pantri dapur.

Bila cuba, hasilnya memang terbaik. Apam ini boleh disimpan di dalam peti ais (dalam bekas bertutup) selama lebih kurang seminggu dan bila nak makan, boleh panaskan menggunakan microwave sahaja. Boleh juga buat bekalan anak ke sekolah.

Sebelum anda cuba resepi ini, sila rujuk bahagian tips untuk memudahkan penyediaan dan pastikan kuih dikukus dengan elok dan sempurna.

Diterbitkan pada 26 Februari 201712.8K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru