ResepiCheNom
Vanilla Cupcake

Resepi Vanilla Cupcake

Prep 30 minMasak 15 minJumlah 45 minHidangan 12 biji

Vanilla Cupcake yang gebu, wangi vanila dan tak susah nak buat. Ikut langkah ni insya-Allah menjadi, sesuai untuk minum petang atau jamuan.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Untuk Cupcake

  • 125g tepung naik sendiri± 1 cawan± ¾ cawan + 4 sudu besar(125g tepung naik sendiri)
  • 125g gula kastor± ½ cawan + 2 sudu besar± ½ cawan + 2 sudu besar(125g gula kastor)
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat1/4 sudu teh soda bikarbonat1g
  • 125g unsalted butter,125g unsalted butter,lebih tepat dalam gram
  • 2 biji telur gred A2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila3g

Bahan Untuk Buttercream

  • 200g unsalted butter200g unsalted butterlebih tepat dalam gram
  • 400g gula icing, ayak± 2 cawan± 1 ¾ cawan + 3 sudu besar(400g gula icing, ayak)
  • 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)31g
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila3g

Cara Buat Vanilla Cupcake

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Pilih bahagian cara memasak

Untuk Cupcake

  1. 1
    Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  2. 2
    Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. 3
    Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  4. 4
    Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  5. 5
    Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.

Untuk Buttercream

  1. 1
    Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
  2. 2
    Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
  3. 3
    Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
  4. 4
    Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. Che Nom sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
125g tepung naik sendiri bersamaan berapa cawan?
± 1 cawan (cawan US 240ml).
125g gula kastor bersamaan berapa cawan?
± ½ cawan + 2 sudu besar (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Vanilla Cupcake

yang tak susah sangat nak buat,

Mesti menjadi.

Diterbitkan pada 23 Mei 201517.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru