ResepiCheNom
Kek Pisang Mudah
Kek

Resepi Kek Pisang Mudah

Prep 15 minMasak 40 minJumlah 55 minHidangan 10 keping

Kek pisang mudah dan sedap, cukup 4 langkah je dah siap. Guna pisang ranum yang kaya potassium, sesuai untuk snek minum petang seisi keluarga.

Bahan-bahan

Sukatan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum2 cawan tepung gandum250g
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat1 sudu kecil soda bikarbonat5g
  • 1 sudu kecil baking powder1 sudu kecil baking powder4g
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 1 cawan gula kastor1 cawan gula kastor200g
  • 3 biji pisang yang telak dilenyek3 biji pisang yang telak dilenyek
  • 2 biji telur gred A2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak jagung1/2 cawan minyak jagung109g
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g

Cara Buat Kek Pisang

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Alaskan acuan kek dengan kertas minyak, dan panaskan oven sehingga suhu 180 darjah
  2. 2
    Satukan tepung gandum, soda bikarbonat,garam dan baking powder. Ayak dalam satu bekas.
  3. 3
    Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 atau sehingga 50 minit.
  4. 4
    Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
2 cawan tepung gandum bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 250g (cawan US 240ml).
1 sudu kecil soda bikarbonat bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 5g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak

Tiada petua atau penyelesaian masalah tambahan untuk resipi ini.

Pengenalan

Resepi Kek Pisang mudah dan sedap,

Pisang kaya dengan potassium, sangat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal otot.

Resepi Kek ini amat simple dan hanya memerlukan 4 langkah mudah

Diterbitkan pada 21 Ogos 201314.9K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru