ResepiCheNom
Kek Pisang Lembap
Kek

Resepi Kek Pisang Lembap

Prep 15 minMasak 45 minJumlah 1 jamHidangan 6 biji

Kek pisang lembap, gebu dan wangi, sesuai untuk minum petang sekeluarga. Buat pun mudah guna blender, guna pisang ranum dan campuran gula putih + gula perang untuk rasa karamel.

Bahan-bahan

Sukatan
Pilih bahagian bahan

Bahan Utama

  • 5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
  • 1/2 cawan gula kastor1/2 cawan gula kastor100g
  • 1/2 cawan gula perang1/2 cawan gula perang110g
  • 1 cawan minyak canola atau jagung1 cawan minyak canola atau jagung218g
  • 4 biji telur4 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil garam3g
  • 1 sudu kecil esen vanila1 sudu kecil esen vanila5g

Bahan Untuk Diayak

  • 1 1/2 cawan tepung gandum1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat5g
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder1 1/2 sudu kecil baking powder

Cara Buat Kek Pisang Lembap

Mod Interaktif

Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.

Penyediaan Utama

  1. 1
    Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.
  2. 2
    Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.
  3. 3
    Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
  4. 4
    Masukkan pula minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.
  5. 5
    Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.
  6. 6
    Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Che Nom turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
1 cawan Che Nom berapa ml?
240ml.
1/2 cawan gula kastor bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 100g (cawan US 240ml).
1/2 cawan gula perang bersamaan berapa gram?
Lebih kurang 110g (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Pilih jenis bantuan
Petua & Panduan
  • Kek sidah masak jika bilah lidi yang dicucukkan di tengah kek keluar dengan bersih dan licin. Jika masih basah dan melekat, teruskan bakar selama beberapa minit kembali.
Pengenalan

Resepi Kek Pisang Lembap yang sangat sedap, gebu dan lembut. Sesuai sangat untuk dibuat hidangan minum petang bersama keluarga. Cara nak buatnya pun mudah kerana Che Nom hanya pakai blender sahaja. Kalau boleh gunakan pisang yang masak ranum sahaja kerana rasanya akan lebih manis dan sedap.

Dalam resepi ini Che Nom masukkan separuh gula putih dan separuh gula perang kerana gula perang memberikan sedikit rasa karamel dan manisnya juga sedang-sedang elok sahaja. Jika tak ada gula perang anda boleh masukkan gula putih kesemuanya.

Diterbitkan pada 25 Februari 2018147.5K paparan
Rating & Gambar Anda

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru