Resepi Cek Mek Molek
Cek Mek Molek kuih tradisi pantai timur yang lembut manis, guna ubi keledek oren rebus digaul tepung dan garam. Jom buat, senang je asalkan pandai agak tepung supaya tak lembik.

Bahan-bahan
Bahan Utama
- tepung gandum
- secubit garam
- gula pasir
- 3-4 biji ubi keledek
- minyak untuk menggoreng
Cara Buat Cek Mek Molek
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Penyediaan Utama
- 1Potong ubi keledek kepada beberapa ketulan besar dan rebus sehingga masak empuk. Angkat dan sejukkan.
- 2Kupas kulit dan lenyek halus bersama secubit garam.
- 3Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam ubi keledek dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
- 4Bulatkan adunan seperti bebola kecil dan leperkan setebal 1/2 cm. Sudukan 1 sudu gula pasir dan tutup dengan rapi. Uli supaya bentuknya menjadi bujur dan tajam di hujung.
- 5Goreng di atas api sederhana sehingga permukaan kuih menjadi sedikit perang.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 biji · resepi untuk 8 biji
- Kalori
- 235 kcal
- Protein
- 2.5 g
- Karbohidrat
- 35 g
- Lemak
- 9 g
- Serat:
- 2.5 g
- Gula:
- 12.5 g
- Natrium:
- 30 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Tepung gandum dan gula TIDAK bersukatan dalam resepi; tepung dianggar 1 cawan (125 g) dan gula 80 g (inti + doh).
- 3-4 biji ubi keledek dianggar 500 g.
- Minyak menggoreng dikira 10% serapan pada doh.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Pastikan kuih digoreng dalam minyak yang agak banyak dan di atas api sederhana kerana hasilnya nanti kuih akan masak kekuningan dengan cantik, gula cair sepenunhya dan permukaan tidak cepat hangus.
Pengenalan
Resepi Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk dan cuma digaul bersama tepung gandum dan garam.
Resepinya mudah sahaja tetapi anda harus pandai mengagak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Tekstur keleder oren sememangnya agak lembik dan perlukan tepung yang lebih sedikit untuk diuli supaya adunan nanti tidak melekat.
Semasa proses membentuk kuih , sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









