Resepi Burger Malaysia
Burger Malaysia atau pau sambal ni roti goreng lembut gebu, diisi sambal bilis pekat pedas dan timun rangup. Sesuai untuk minum petang atau buat berniaga.

Bahan-bahan
Cara Buat Burger Malaysia
Mod Interaktif
Tukar unit, gandakan resipi, & tanda langkah video semasa memasak.
Anggaran nutrisi
Setiap 1 hidangan · resepi untuk 20 hidangan
- Kalori
- 405 kcal
- Protein
- 17.5 g
- Karbohidrat
- 50.5 g
- Lemak
- 14 g
- Serat:
- 3 g
- Gula:
- 10 g
- Natrium:
- 600 mg
Andaian pengiraan · keyakinan rendah
- Bilangan hidangan tidak dinyatakan; 1 kg tepung roti dianggar menghasilkan 20 biji burger.
- Minyak masak tidak disukat; dianggar 28 g diserap goreng bilis dan ½ cawan untuk tumis sambal.
- Ikan bilis kering keseluruhan 350 g adalah punca utama protein dan natrium.
- Timun dan daun salad dianggar 250 g keseluruhan.
Anggaran AI berdasarkan senarai bahan. Nilai sebenar bergantung pada jenama bahan, saiz hidangan dan cara masak. Bukan nasihat perubatan.
Panduan Sukatan Cawan & Gram
- 1 cawan Che Nom berapa ml?
- 240ml.
- ½ cawan ikan bilis bersamaan berapa gram?
- Lebih kurang 45g (cawan US 240ml).
- Anggaran 300g ikan bilis bersamaan berapa cawan?
- ± 3 ⅓ cawan (cawan US 240ml).
Bantuan Semasa Memasak
Petua & Panduan
- Selepas basuh dan bersihkan ikan bilis, pastikan air ditos sehingga kering agar ikan bilis yang digoreng mudah garing.
- Jika mahu masukkan belacan ke dalam sambal, boleh saja digantikan dengan sos tiram.
- Pastikan garam dan yis kering yang dimasukkan kedalam bekas tepung roti tidak dicampur. Jangan diletakkan keduanya bersama.
- Tabur tepung diatas dulang dan alaskan dengan kertas minyak untuk mengelakkan doh melekat ketika dimasak.
- Elakkan daripada kerap mengalih atau membalikkan doh ketika menggoreng supaya minyak tidak mudah serap kedalam doh roti. Jika boleh, hanya alih sekali sehaja apabila doh kelihatan perang.
- Bagi dapatkan bentuk doh roti yang cantik, goreng dahulu bahagian atas sehingga keperangan dan kembang. Kemudian, barulah alihkan bahagian yang bawah.
Video
Pengenalan
Kali ni Che Nom nak kongsikan resepi Burger Malaysia atau ada yang panggil Pau sambal. Burger Malaysia ni ialah doh roti yang digoreng, kemudian diisi dengan inti sambal bilis, dan hirisan timun. Kalau nak meriah lagi boleh tambah dengan sayur salad.
Untuk doh roti Che Nom ambil resepi dari perkongsian Facebook Azlina Ina, dan beliau memang bermurah hati berkongsi resepi yang dibuat berniaga. Resepi asal dalam sukatan gram, dan Che Nom share juga sukatan sudu dan cawan metrik untuk mudahkan sesiapa yang nak mencuba.
Untuk sambal bilis pula, resepi yang dikongsi adalah yang biasa Che Nom masak kat rumah dan memang sesuai sangat untuk dipadankan kan dengan pau atau roti goreng. Hasil roti dalam video ni sangatlah lembut dan gebu, bila kita makan dengan sambal bilis yang pekat dan pedas, serta sayuran tu, sangatlah sedap. Sesiapa yg nak buat berniaga pun sesuai sangat ni.
Berat setiap doh ialah 35g Anggaran hasil 50-55 biji
Rating & Gambar Anda
Artikel Terbaru
Resepi Terbaru

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Resepi Biscoff Tiramisu Tanpa Bakar dan Tanpa Telur

Resepi Biscoff Lemon Cheese Tart

Resepi Mee Wantan Sedap Macam Kedai

Resepi Lompat Tikam Kelantan, Pulut Rice Cooker Tak Perlu Kukus









