Langkau ke kandungan
RESEPIChe Nom.
Masalah Memasak

Crust bawah biscoff cheesecake

Assalamualaikum Che Nom🥰 Saya Fatini, peminat setia masakan Che Nom🥰🥰. Saya ada ikut resepi Che Nom utk biscoff cheesecake tu, tapi biskut bawah tu jadi keras and susah nk potong🥹 and cake mcm tak lekat dengan biskut lapisan bwh tu.. Che Nom ada bagi tips jangan tekan sangat kalau tak nanti keras.. tapi kalau tak tekan macam mana nak ratakan ya? and macam mana nak bagi senang bila potong?
1 balasan

Balasan

Che Nom11 Sep 2026
Waalaikumussalam Fatini 🥰 Terima kasih sebab cuba resipi Che Nom! Maksud jangan tekan kuat tu, masih kena tekan sikit ya supaya serbuk biskut bercantum. Lepas tuang dalam loyang, agihkan dulu bagi sama rata, kemudian guna belakang sudu untuk ratakan sambil tekan perlahan, cukup sekadar rapat. Tak perlu tekan berulang kali sampai terlalu padat 😊 Untuk potong pula, pastikan cheesecake dah set dalam chiller sekurang-kurangnya 4–5 jam. Celup pisau dalam air suam, lap kering, kemudian potong sampai ke dasar. Bersihkan pisau dan ulang untuk setiap potongan. Bab lapisan cheese terpisah daripada biskut tu, Che Nom nak semak sikit: Fatini guna 156 g biskut dengan 71 g butter dan loyang 9 inci juga ke? Sejukkan dalam chiller atau freezer, dan berapa lama ya? Resipi lengkap dengan petua boleh rujuk di sini ❤️ https://resepichenom.com/resepi/lotus-biscoff-cheesecake