Resepi Sotong Goreng Tepung

Masa Penyediaan
10 Minit
Masa Memasak
15 Minit
Jumlah Hidangan
4

Resepi Sotong Goreng Tepung, simple dan sedap, menggunakan tepung Gogi yang rangup, hidangan Sotong Goreng Tepung ini pastinya menjadi kegemaran keluarga

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor sotong
  • air sejuk, dari peti ais
  • 1/2 cawan tepung Gogi

Cara-cara:

  1. Bancuh tepung Gogi menggunakan air sejuk sehingga pekat sekata.
  2. Potong sotong dalam bentuk membulat (ring).
  3. Keringkan air sotong menggunakan penapis dan lap kering menggunakan kertas tisu.
  4. Celup sotong dalam tepung dan gorengkan dalam minyak yang banyak dan api sederhana, pastikan juga sotong tenggelam bila digoreng.
  5. Angkat dan hidang dengan sos kegemaran anda.

Tips

  • Pastikan sotong di toskan hingga tiada air untuk mengelakkan daripada meletup ketika menggoreng dan jangan goreng terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.