Resepi Serawa Labu Istimewa Bonda

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Jumlah Hidangan
4

Masakan Serawa Labu ni adalah versi berkuah manis. Boleh juga dihidangkan sebagai pencuci mulut, tetapi di sebelah utara ia juga dihidangkan bersama nasi. Bonda Che Nom memang sukakan masak labu macam ni,kalau kat utara memang dipanggil serawa labu.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 biji labu
  • 2 atau 3 cawan santan pekat,
  • 2 cawan santan cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 sudu besar gula putih
  • sedikit gula melaka, anggaran satu sudu besar

Cara-cara:

  1. Cara untuk memasak:
    1. Kupas kulit labu dan bersihkan.
    2. Masukkan labu dalam periuk bersama daun pandan, santan cair dan 1 sudu besar gula pasir dan gula melaka. Tutup periuk dan masak di atas api perlahan sehingga labu agak empuk atau lembut. Jangan terlalu lembut kerana labu akan mudah hancur.
    3. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Anggarkan garam secukupnya supaya santan akan menghasilkan rasa lemak yang sedap.
    4. Masak di atas api perlahan sehingga kuah mendidih, tetapi harus dikacau dengan kerap supaya kuah santan tidak berketul.
    5. Apabila kuah sudah pekat sebati dan labu sudah lembut, angkat dan hidangkan.